Banyak peluang yang gagal di manfaatkan oleh pasukan Bukit Tunggal fc yang mana pada satu ketika nyaris dapat membawa pulang satu mata tetapi gagal di peroleh ekoran kesalahan pemain melakukan kekasaran di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir perlawanan menyebabkan pengadil Yonex menghadiahkan sepakan penalti ketika menentang TFFC. Pasukan TFFC ternyata memliki keupayan tersendiri apabila mengasak hebat di babak akhir perlawanan. Zulkifli Ghani mengakui pasukannya lemah ketahanan mental dan kurang stamina apabila gagal mengekang asakan hebat lawan di minit-minit akhir perlawanan.
Setakat ini Bukit Tunggal masih mencari kemenangan sulong untuk meneruskan kelancaran kejohanan untuk mara ke kedudukan 4 teratas bagi melayakkan diri kepringkat suku akhir.
Penolong pengurus Armizi Mansor mengakui anak buah nya terlalu leka dan terlalu mengamalkan corak bertahan di babak kedua walaupon separuh masa pertama menguasai perlawanan. Mengulas mengenai perlawanan menentang TFFC, Armizi juga menambah pasukannya silap kerana terlalu banyak bergantung kepada tenaga import, yang mana mereka tidak menunjukkan prestasi yang di harapkan dan gagal memberi komitmen di atas padang, selalu mempertikai arahan jurulatih pasukan.
Oleh yang demikian, team Bukit tunggal perlu bangkit dan buktikan kepada pihak pengurusan untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Tanah Jawi Fc. Misi mencari kemenangan sulong bermula dan kesilapan mencicirkan mata akan menyukarkan lagi kemaaran pasukan....:-)