Saturday 17 August 2019

LIGA DUN 2019: KEMENANGAN PENTING KE ATAS PAYA 5 AMAH

Kemenangan Dramatik

Bukit Datu turun dengan misi mencari 3 mata utk mencerahkan peluang ke suku akhir yg mana Bukit datu memiliki 3 mata dan 2 game dalam tangan. Turun deNgan tanpa beberapa Tonggak, antaranya kero yg bengkak pegelangan tangan akibat pelanggaran ketika game persahabatan pada ptg rabu. Manakala iskandar pula terpaksa di Senarai kan saat akhir oleh capt ji, wlaupon tak cergas 100%. Dismping capt ji yg juga nadi utama pasukan baru sembuh drpd kecederaan lutut.

Turun dengan semangat juang yg tinggi agar kemenangan berpihak kepada pasukan, bukit datu di kejutkan dengan kesilapan mudah penjaga Gol ijat, mngkin kepenatan memikirkan masalah famili, mngkin (biasa la main bola, kalau xbuat silap baik main PS4, silap sikit normal la) ... Sebelom itu, pada separuh masa pertama bukit datu mengasak hebat kubu pasukan paya 5 amah, dengan beberapa2 percubaan singgah di Palaang dan Tiang Gol, hanya tuah tidak menyebelahi pasukan..

Ketinggalan 2-0 tidak mematahkan semangat juang pasukan bukit datu utk mencari Gol penyamaan dan seterusnya ingin membawa pulang 3 mata berharga.
Dengan semangat berpasukan dan sokongan serta sorokan drpd penyokong2, bukit datu kembali mendapat rentak hasilnya jaringan pertama tercipta drpd hantaran lintang daripada sebelah kanan di dada baik oleh bojen dan Terus melepaskan rembatan kencang menerjah jarring, Gol itu ternyata membakar semangat pasukan dan hasilnya sekali lg bojen mencetak nama selaku penjaring dengan tandukan tenang hasil hantaran lintang drpd Pokcang lana.. Dan bojen melengkapkan hatriknya utk pertama kali apabila sekali lagi tandukannya hasil hantaran lintang buyis tidak dpt di baca oleh penjaga Gol lawan utk Gol ketiga dan Gol kemenangan.

kemenangan ini mencerahkan peluang bukit datu utk Mara ke suku akhir Manakala satu lagi perlawanan dlm kumpulan yg sama pok katok yg sudah pon layak ke suku akhir menang tipis ke atas kalarang pasukan yg akan di hadapi oleh pasukan bukit datu pada perlawanan terakhir. Kemenangan bukit datu cukup istimewa Setelah Ketinggalan 2-0

MJ-TEAM forever
Wartawandalambaruh

Saturday 10 November 2018

9 SEBELAH ANJURAN PAS KEMBALI LAGI 

Setelah bebeberapa tahun tidak menganjurkan acara bola sepak, tahun ni PAS akan menganjurkan kejohanan bola sepak 9 sebelah yg cukup sinonim degan anak-anak muda suatu ketika dulu.

Kejohanan ini membabitkan pasukan daripada kampung2 yg berada dibawah jajahan Dun bukit tunggal sahaja.

Team bukit Tunggal seperti biasa akan menghantar 2 team yang dibarisi pasukan anak muda Dan senior.


Wednesday 28 June 2017

PES2017


Kedudukan terkini MJ PES TOURNEMENT 2017

Alang = 50
Mija = 25
Azam =20
Syed = 15
Fadil = 15
Jabar = 10
Pogoat = 10
Pijiey = 10
Ijat = 8
Mekja = 4
Napi = 4
Kani = 4
Amir = 4

* Kedudukan akan berubah setelah selesai sesuatu kejohanan PES mengikut pungutan mata yang dipungut.

Saturday 28 May 2016

AJIL MENJADI MANGSA PULA KALI INI

Kali ini pasukan veteran bukit tunggal berkunjung ke Ajil menentang pasukan Bukit Perah fc (team bewel). Jarak perjalanan yang agak jauh mengambil mase lbh kurang 40 min utk sampai itupun melalui Highway tetapi ia tidak sedikit pon melunturkan semangat anak2 buah en zul yg di bimbing oleh pokcang untuk memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2.
BUKIT TUNGGAL FC
AJIL FC

Keadaan padang yang agak kering dan cuaca yg
agak baik membolehkan perlawanan berlansung dengan sempurna baik dari segi hantaran mahupun jaringan di lakukan.

Gol2 bukit di jaringkan oleh Yusof Sori,Jojo dan di sudahi dengan jaringan penalti Jamil. Sebelom itu bukit tunggal ketinggalan seawal minit ke 10 apabila Penjaga gol bukit tunggal En Zulkipli ghani tidak dapat menahan dan lemas dengan bola lambungan pemain lawan(bobok).




Sunday 22 May 2016

MISI TERCAPAI, VETERAN KERTEH KECUNDANG JUA

Hari ini berlangsung perlawanan ulangan persahabatan diantara pasukan veteran bukit tunggal menentang veteran kerteh di padang smbt yang mana sebelum ini berlangsung di padang astaka kerteh. Sebelum ini bukit tunggal dimalukan dengan jaringan 5-0 dan hari ini bukit tunggal bangkit dengan misi ingin menebus aib di mana pasukan veteran kerteh kecundang 3-0 hasil jaringan jamil,azizi dan jojo..

Ikuti sedikit warna warni perlawanan petang tadi dan juga saksikan jaringan hebat pemain berpengalaman azizi hamzah yang melakukan voley cantik. Jaringan ini mungkin akan di hantar ke FAM untuk dipertimbangkan ke anugerah puskas peringkat antarabangsa bersama2 gol faiz subri..:::-)))
Pasukan pelawat di raikan di kedai semah dengan jamuan mee goreng..semoga perlawanan hari ini menambah lagi keakraban kedua2 pasukan.



Jumpa lagi pada game akan datang
Tahniah untuk kedua dua2 pasukan!!!.

Thursday 21 April 2016

KAMI KAWAN KARIB

Pemain pertahanan dan juga kapten pasukan pok cang mengakui begitu rapat dengan azizi hamzah atau lebih di kenali jiji yg beraksi di posisi pertahanan tengah. Kami selalu bertukar tukar fikiran walaupon kadang kadang x pelaga angin atas beberapa isu.
Kami adalah kawan karib..harap maklom.

SEKITAR PERSAHABATAN MENETANG PASUKAN VETERAN JERAM

Hari ini skuad senior Bukit Tunggal mengadakan Perlawanan persahabatan menentang jeram yg berlangsung di padang astaka jeram. Perlawanan ini berakhir dengan bukit tunggal menerima kekalahan 4-2.




Kemunculan semula poklan(lan toir) setelah berehat beberapa tahun memeriahkan lagi suasana perlawanan. Pertemuan dua pasukan ini adalah ulangan kepada perlawanan pertama tempoh hari cuma kali ini Bukit Tunggal yang kalah, manakala game yang sbelum ni di menangi Bukit tunggal.

Kapten cang berkata" Kekalahan hari ni disebabkan faktor cuaca yang agak panas dan pemain agak keletihan mungkin takut terkene penyakit strok haba....".