Monday 4 May 2015

PERLAWANAN HIDUP MATI

Pada hari jumaat 8/5/2015 akan belangsung Perlawanan penting untuk Seberang Baruh (bukit Tunggal) yang akan menentukan hala tuju pasukan dalam kejohanan DUN kali ini. Perlawanan kedua ini menentang pasukan Pak Katak yang juga mencari kemenangan kedua setelah membelasah pasukan BukitTokris 6-0. Perlawanan ini boleh di katakan misi hidup mati pasukan Seberang Baruh (bukit Tunggal) kerana hanya juara dan naib juara sahaja yang layak ke suku akhir. satu lagi pasukan Tuan Mandak sudah sebelah kaki ke suku akhir.

Setelah di kecewakan pasukan Gong Sentul sebelum ini dalam kejohanan Paiala Muhibbah, Pengurus pasukan Apdi Alias mengambil pendekatan berbeza kali ini dengan menggugurkan beberapa pemain yang tidak cergas dan yang gagal memberi komitmen dalam pasukan. Lebih pahit pemain berpengalaman Mat Ali pula tiada kerana urusan kerja. Sedikit kelegaan apabila kepulangan kembali pemain kesayangan Peli, Emy ke dalam pasukan dan memberi sedikit keyakinan kepada pasukan.

Kedudukan terkini:

Team                             M  PTS
Tuan Mandak                      2 6
Pak Katak                            2 3
Seberang Baruh                     1 3
Bukit Tokris                        3 0




Saturday 18 April 2015

WARNA WARNI SEKITAR PIALA DUN 2015

Kejohanan bola sepak piala DUN Bukit Tunggal yang sedang berlangsung telah memasuki minggu yang kedua, kejohanan ini melibatkan semua cawangan dalam DUN Bukit Tunggal. beberapa perlawanan telah berlangsung dengan jayanya  mngikut jadual dengan beberapa keputusan yang pelik dan juga menghiburkan penonton.

Yang manarik perhatian kita semua adalah rekod piala DUN telah di cipta oleh pasukan Bukit Tumbuh apabila membelasah Bukit Datu dengan angka yang besar 13-0, di ikuti oleh pasukan bukit Tokris yang di belasah Tuan Mandak 8-0. Jika kejohanan sebelum ini hanya setakat 5-0 sahaja.

Perlawanan yang membabitkan pasukan Bukit Tunggal(team apih manaf) juga menarik perhatian kita apabila skuad yang di barisi pemain-pemain muda yang membuat penampilan pertama pada edisi piala DUN kali ini agak gugup dah telah mengalami kekalahan kepada pasukan Gong Sentul yang di barisi penyerang berpengalaman K Rajan. Begitupun ada satu game lagi akan menanti Bukit Tunggal iaitu bertemu Serdang. kapten pasukan apih manaf berkata, faktor pengalaman yang membezakan mereka dengan pasukan lawan.

Pasukan yang di barisi 5 adik beradik Seberang Tuan Chik gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri 1-1 menetang pasukan Gong Pauh. kapten pasukan mamat t.m berkata, "Keletihan dan kecederaan adalah faktor utama gagal mengutip mata penuh".

Pasukan pilihan Batu Enam pula tiada masalah membenam pasukan pulau Ketam dengan agreggat 2-0. ketiadaan bekas pemain yang pernah mewakili pasukan negeri Terengganu Ku Lias tidak mejejaskan sedikit rentak permainan mereka. Manakala pasukan anak-anak muda Bukit Kandis telah menunjukan semangat melawan yang tinggi apabila berjaya mengikat pasukan pilihan Duyong Wan Su dengan 1-1. Kelebihan penalti yang diberikan pada minit-minit akhir perlawanan tidak berjaya di sempurnakan oleh mereka. mengulas perlawanan, pengurus pasukan Duyung W.Su berkata " Bukit Kandis bernasib baik kerana dapat menahan asakan bertali arus pemain-pemain nya, ketumpulan jentera serangan adalah faktor mereka tak dapat kutip mata penuh. Mungkin juga faktor jarum yang di amalkan oleh pasukan Bukit Kandis"

Minggu ini pasukan pilihan Dusun yang di bimbing oleh Meli(Luis Figo) akan turun menentang pasukan Bukit Tunggal(team apih manaf) yang akan memperlihatkan permainan tektikal yang tinggi berikutan kembali nya pemain berpengalaman Tana, Usop Merah dan chang ke dalam pasukan.

Manakala Pasukan Seberang Baruh(Bukit Tunggal) akan menunggu 1 minggu lagi untuk menentang pasukan pak Katak berikutan masalah jadual bertindih. Pengurus Miji telah memesan kepada anak buahnya agar mengekalkan momentum kemenangan dan mencari formula tektikal sebagai persiapan bertemu pasukan Pak Katak. mjanewsolohill


Tuesday 14 April 2015

PERLAWANAN KEDUA LIGA DUN

Pada hari jumaat 17 april 2015 perlawanan kedua liga DUN(Bukit Tunggal) membabitkan pasukan Bukit Tunggal(Sbrg Baruh) menentang pasukan Pak Katak akan berlangsung di padang SMBT. Bukit Tunggal mempunyai misi penting pada perlawanan ini dan berazam mengutip 3 mata bagi merebut slot ke suku akhir. Misi ini agak sukar apabila Pak Katak juga ingin mencari kemenangan pertama mereka setelah tewas 0-1 kepada Tuan Mandak(Batu 6) pada perlawanan pertama baru-baru ini.

Seperti biasa Bukit tunggal yang di barisi beberapa muka lama dan baru akan memperkuatkan lagi barisan pertahanan dan juga mempertajamkan lagi barisan serangan yang akan menampilkan muka baru Asyraf Sinclair yang bermain sebagai penyerang. Ketajaman penyudahnya ketika latihan di harap dapat membantu pasukan mencari jaringan seterusnya mencapai kemenangan yang di harapkan sebelum misi yang paling penting bertemu bekas juara Batu 6.

Ketiadaan pertahanan kental (tidak di beri cuti oleh pasukan kelab) akan merencatkan sedikit corak permainan pasukan tetapi berita gembira untuk pasukan apabila kepulangan kembali pemain berpengalaman dan pemain paling berpengaruh Armizi Mansor(miji) yang akan mempekemaskan lagi bahagian tengah pasukan. Seperti biasa corak menyerang yang di amalkan 4-1-3-2 akan di pertaruhkan oleh jurulatih dalam misi berdepan dengan pak katak

Jom sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kita ini dalam misi memburu kemenangan kedua seterusnya memberi peluang kepada pasukan menempatkan diri ke peringkat suku akhir. Newsolohillbernama 

Saturday 4 April 2015

KECEWA LAGI

Bukit Tunggal Jr kecewa lagi, hanya 1 mata sahaja yang dapat di bawa pulang ketika menetnag Tahan Jawi fc, Bukit Tunggal masih berbaki 3 perlawanan dan perlu memenangi semuanya untuk menempatkan diri dalam kelompok 4 pasukan teratas seterusnya layak ke peingkat suku akhir.

Mungkin faktor keletihan menjadi punca utama keciciran mata kerana beberapa pemain terlibat dengan liga DUN yang berlangsung sehari sebelumnya.




Friday 3 April 2015

PERLAWANAN PEMBUKAAN LIGA DUN 2015

Pada petang jumaat 3/4/2015 telah berlangsungnya perlawanan pembukaan liga bola sepak bagi DUN Bukit Tunggal.kejohanan tahunan itu telah dirasmikan oleh ketua pemuda En Nazri di bantu oleh En Asriwizan Alias..:-)..Ramai yang tidak melepaskan peluang menyaksikan kejohanan yang berlangsung di Kg Bukit Tumbuh.

Perlawanan pertama yang membuka tirai pada petang jummat itu dengan perlawanan yang membabitkan Bukit Tunggal fc( Seberang Baruh) menentang pasukan Bukit Tok Ris.

Bukit Tunggal yang menjadi pilihan pada perlawanan itu telah diberi tentangan sengit oleh Bukit Tok Ris walaupun menguasai keseluruhan perlawanan sehingga pada satu ketika Bukit Tok Ris hanya mampu bertahan sajaha dengan asakan pasukan Bukit Tunggal. Walaupon begitu misi memenangi perlawanan dan mendapat 3 mata tercapai walaupun agak sukar.

Perlawanan seterusnya membabitkan Bukit Tunggal adalah menetang pasukan pilihan Pak Katak.
mengulas perlawanan menentang Bukit Tok Ris, pertahanan kental Mat li berkata pasukannya perlu memperkemaskan lagi barisan serangan kerana deretan peluang tidak dapat menghasilkan gol dan ia amat merugikan pasukan kerana hanya johan kumpulan sahaja yang layak.

Perlawanan seterusnya Bukit Tunggal menentang pasukan Pak Katak yang juga pilihan juara,





Thursday 2 April 2015

KELIBAT PEMAIN BERPENGALAMAN

Bahang kian terasa, kelibat pemain-pemain berpengalaman yang sering di nanti-nantikan oleh peminat-peminat untuk melihat aksi mereka antaranya legen Quing Tana, Pak Cang, Lan Toir, Aziman dan ramai lagi yang pastinya menggamit memori setiap penonton yang mengkuti dan merindui aksi mereka. Barangkali kejohanan kali ini bukan untuk legen-legen ini memperagakan aksi memukau seperti dahulu, tetapi barangkali cuma untuk mengecapi dan mengimbau kembali bagaimana kejohanan yang di lalui oleh mereka dahulu.
ikuti sekitar bingkisan semangat untuk generasi kini..peace..:-)

"Bukit tunggal telah menyertai piala DUN Bukit Tunggal pada 15hb 12 2005...pada perlawanan yang dijalankan secara 9 sebelah itu belangsung di sekolah Men Bukit Tunggal selama 2 hari..Pada seminggu sebelum kejohahan,pengurus pasukan iaitu peli gembo telah mengumpul pemain2 yang akan bermain pada kejohanan berkenaan,ada juga halangan dan cabaran seperti pemain cedera,berkerja,ada juga yang bermain untuk team lain dan mungkin juga boleh di kategori kan berpaling tadah la..tetapi dengan kesungguhan yg ada pada beberapa pemain,team dapat di bentuk.. temasya dwitahunan Bukit tunggal bermula dan laluan Bukit boleh dikatakan mudah kalu di ikutkan di atas kertas...pusingan pertama Bukit tunggal menundukan gong sentul dengan 1-0.
Seterusnya bertemu gong sentul juga menang dengan jaringan yang sama...halangan terbesar bukit tunggal tiba di peringkat separuh akhir dan bertemu seteru utama iaitu batu enam,nasib tidak menyebelahi team bukit Tunggal. Bukit tunggal telah dikalahkan oleh batu 6 dengan jaringan 1-0. Kejohanan ini di menangi oleh team Batu 6 yang membawa pulang hadiah wang tunai rm700. Manakal Bukit Tunggal yang tewas separuh akhir telah menewaskan duyung untuk menduduki tempat ke 3 dan membawa pulang wang berjumlah rm300. "

Antara berita-berita sekitar piala DUN 2005

Wednesday 1 April 2015

LIGA DUN KEMBALI LAGI

LIGA DUN KEMBALI LAGI!!!!!

Itu lah kejohanan tahunan yang kedatangannya sering di nanti nantikan oleh pemain kursusnya dan peminat-peminat seluruh kampung amnya. Kejohanan yang membabitkan pasukan kampung dari setiap cawangan di setiap DUN pasti akan meninggalkan seribu kenangan buat pemain dan pasukan yang bertanding. Tidak di nafikan Bukit Tunggal tidak pernah ketinggalan menyertai kejohanan ini samada dalam format 7 sebelah, 9 sebelah dan 11 sebelah. Tahun Lepas nasib tidak menyebelahi Bukit Tunggal fc yang mana terkandas di separuh selepas tewas kepada musuh tradisi Batu 6 dan hanya membawa pulang hadiah tempat ketiga.

Tahun ini kejohanan kembali lagi dengan format 11 sebelah dan Bukit Tunggal di undi bersama musuh tradisi sekali lagi Batu 6 yang bermain atas nama Kg Tuan Mandak dan juga pasukan yg di anggap pilihan pada edisi kali ini Kg Pak Katak manakala Bukit Tokris pelengkap untuk kumpulan A. Kumpulan ini boleh di katakan kumpulan maut dan hanya johan kumpulan sahaja yang layak ke peringkat suku akhir.

Bukit Tunggal fc membariskan ramai muka baru yang akan membawa cabaran pasukan di kejohanan kali ini, dengan mengekalkan 3 orang muka lama. Pihak pengurusan masih lagi tidak berubah masih lagi di pimpin oleh Zulkifli Ghani(Peli Gembor) dan di bantu oleh assistant baru Afdi Alias yang berjaya memenangi kerusi panas daripada Pokcang pada mesyuarat pemilihan induk. Pemilihan pemain untuk Bukit Tunggal fc di buat berdasarkan prestasi semasa bukan atas dasar pilih kasih. Antara pemain yang tersenarai dalam skuad 16 pemain adalah



COUNTDOWN 1 HARI LAGI
OM PAKAT BERI SOKONGAN KEPADA PADUKAN BUKIT TUNGGAL FC


JADUAL PERLAWANAN





Jadual untuk pasukan Bukit Tunggal. Mari kita sama-sama pakat beri sokongan kepada pasukan muda ini. Kemenangan sulong di tagih.

FUTSAL TRIO

Bukit Tunggal telah menyertai kejohanan Futsal TRIO yang di adakan di padang futsal TRIO Bukit tunggal pada 28/3/2015. Pada kejohanan itu Bukit Tunggal telah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang Tunai RM200. Kejohanan itu disertai oleh pasukan-pasukan handalan dari pelusuk daerah Kuala Nerus dan Kuala terengganu yang menampilkan muka-muka baru, ada sesetangah pasukan juga menampilkan muka-muka lama antaranya bukit tunggal sendiri yang mana 3 pemain dalam skuad adalah muka lama. kepantasan dan pengalaman adalah penting dalam menentukan kualiti permainan kerana permainan futsal ini memerlukan skill2 individu yang pantas. Bukit Tunggal sendiri bertuah kerana di barisi bekas pemain futsal sukma negeri Emy dan Adam. 2 pemain ini selalu mengkucar kacir kan pihak lawan. tidak lupa juga pemain yang meningkat naik dikmat alsukandi yang memiliki keupayaan membaca pegerakan tubuh pihak lawan. Kebetulan penjaga gol mat din jer pada malan itu cergas dan memperagakan aksi mantap mungkin sebelum itu sudah di brain wash oleh pengurus armizi mansor.

Bukit Tunggal di undi bersama pasukan TLS fc dan Poyok fc pasukan yang di barisi rata-rata pemain muda. Alhamdulillah Bukit tunggal dapat menjuarai kumpulan dengan mengutip 4 mata hasil 1 kemenangan dan 1 seri dan mengelak berjumpa dengan pasukan pilihan BSN FC dan tok jiring.

Pusingan kedua iaitu pusingan kalah mati Bukit Tunggal bertemu lawan dri UMT, pasukan di anggap agak mantap dari segi tektikal tetapi dengan kesungguhan yang di pamerkan bukit tunggal berjaya memenangi perlawanan dengan 3-0 dan mara ke pusingan ketiga.

Pasukan Gelembung fc menunggu pada pusingan ketiga, ternyata pasukan ini sungguh mantap apabila berjaya mengikat pasukan Bukit tunggal dengan 0-0, ternyata nasib menyebelahi bukit tunggal apabila berjaya melepasi halangan pasukan ini dengan penentuan sepakan penalti.

Cabaran sebenar Bukit Tunggal adalah di peringkat separuh akhir apabila berjumpa dengan pasukan pasukan pilihan Cahaya fc. Ternyata nasib tidak menyebelahi pasukan bukit tunggal apabila tewas 2-1 walaupun sudah mendahului satu ketika. Faktor kepenatan dan mengantuk mungkin menjadi punca kekalahan kerana perlawanan separuh akhir pada ketika itu berlangsung pada pukul 2.30 pagi.

Walau bagaimanapon keupayaan menduduki tempat ketiga dalam kejohanan ini  adalah satu bonus dan kejayaan untuk bukit tunggal dengan penyertaan nama-nama besar dalam kejohanan ini...sekian..:-)

Antara pemain yang terlibat

1.Armizi Mansor
2.Matli
3.Jamil
4.Emi
5.Mat din jer
6.Dikmat
7.Adam

Tuesday 31 March 2015

BUKIT TUNGGAL FC SETELAH 3 PERLAWANAN

Setelah menempuh 3 perlawanan, Bukit Tunggal hanya meraih satu mata sahaja apabila terikat 1-1 dengan pasukan Island fc pasukan dari Chendering. Dua perlawanan yang di lalui selepas itu menetang pasukan Kebila fc dan TFFC gagal di manfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Zulkifli Ghani apabila masing-masing tewas 2-0 kepada Kebila fc dan 2-1 kepada TFFC.

Banyak peluang yang gagal di manfaatkan oleh pasukan Bukit Tunggal fc yang mana pada satu ketika nyaris dapat membawa pulang satu mata tetapi gagal di peroleh ekoran kesalahan pemain melakukan kekasaran di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir perlawanan menyebabkan pengadil Yonex menghadiahkan sepakan penalti ketika menentang TFFC. Pasukan TFFC ternyata memliki keupayan tersendiri apabila mengasak hebat di babak akhir perlawanan. Zulkifli Ghani mengakui pasukannya lemah ketahanan mental dan kurang stamina apabila gagal mengekang asakan hebat lawan di minit-minit akhir perlawanan.

Setakat ini Bukit Tunggal masih mencari kemenangan sulong untuk meneruskan kelancaran kejohanan untuk mara ke kedudukan 4 teratas bagi melayakkan diri kepringkat suku akhir.
Penolong pengurus Armizi Mansor mengakui anak buah nya terlalu leka dan terlalu mengamalkan corak bertahan di babak kedua walaupon separuh masa pertama menguasai perlawanan. Mengulas mengenai perlawanan menentang TFFC, Armizi juga menambah pasukannya silap kerana terlalu banyak bergantung kepada tenaga import, yang mana mereka tidak menunjukkan prestasi yang di harapkan dan gagal memberi komitmen di atas padang, selalu mempertikai arahan jurulatih pasukan.

Oleh yang demikian, team Bukit tunggal  perlu bangkit dan buktikan kepada pihak pengurusan untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Tanah Jawi Fc. Misi mencari kemenangan sulong bermula dan kesilapan  mencicirkan mata akan menyukarkan lagi kemaaran pasukan....:-)










AMATUR LEAGUE

Kebelakangan ini banyak kejohanan-kejohanan yang di sertai oleh pasukan bukit tunggal jr. antaranya kejohanan Amatur League yang di anjurkan oleh persatuan bola sepak negeri terengganu. Kejohanan ini adalah kejohan rasmi persatuan yang memerlukan syarat-syarat untuk menyertainya, di antaranya umur tidak melebihi 26, ia adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat muda ke arah lebih tinggi.
Antara syarta utama ialah:

1. Syarat utama bagi pemain yang untuk bermain mestilah lahir tahun 89 dan ke atas
2. Pemain mestilah tiada komitmen dengan liga lain (liga super, liga perdana, liga FAM, piala presiden)
3. Mestilah Warganegara Malaysia

Kejohanan ini di bahagi kepada 2 kump yang mana bukit tunggal berada dalam kumpulan A.



Oleh yang demikian berilah Sokongan kepada anak-anak muda bukit tunggal dalam kempen kejohanan Amatur League ini.

GENERASI BARU BUKIT TUNGGAL

Assalamulaikum...

Salam sejahtera semua, atas permintaan sahabat-sahabat blog generasi baru bukit tunggal (new generation) di bangunkan dengan ilham oleh sahabat-sahabat yg sy hormati. Blog ini di bangunkan adalah untuk menceritakan serba sedikit perkembangan anak-anak muda generasi baru bukit tunggal dalam kareer bola sepak masing-masing di peringkat kampung kursusnya dan di peringkat daerah dan negeri amnya. 
Oleh yang demikian, peringatan buat diri dan semua, sokonglah skuad muda bukit tunggal seperti mana kita mahu pemain dan pihak pengurusan menjaga kebajikan kita semua. Ibarat kata pepatah yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing.

Pengurusan
Zulkifli Ghani
Armizi Mansor
Afdi Alias
Pokcang
Fizi
Jamil
Faizal ( medic)
zulkifli (Matli)

Pemain-pemain pelapis

Azri
Adam
Aqil
Adi
Dikmat
Emy
Iskandar
Mat din Jer
Mat Daud
Naim
Sani
Zaquan
Zu