Tuesday 31 March 2015

BUKIT TUNGGAL FC SETELAH 3 PERLAWANAN

Setelah menempuh 3 perlawanan, Bukit Tunggal hanya meraih satu mata sahaja apabila terikat 1-1 dengan pasukan Island fc pasukan dari Chendering. Dua perlawanan yang di lalui selepas itu menetang pasukan Kebila fc dan TFFC gagal di manfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Zulkifli Ghani apabila masing-masing tewas 2-0 kepada Kebila fc dan 2-1 kepada TFFC.

Banyak peluang yang gagal di manfaatkan oleh pasukan Bukit Tunggal fc yang mana pada satu ketika nyaris dapat membawa pulang satu mata tetapi gagal di peroleh ekoran kesalahan pemain melakukan kekasaran di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir perlawanan menyebabkan pengadil Yonex menghadiahkan sepakan penalti ketika menentang TFFC. Pasukan TFFC ternyata memliki keupayan tersendiri apabila mengasak hebat di babak akhir perlawanan. Zulkifli Ghani mengakui pasukannya lemah ketahanan mental dan kurang stamina apabila gagal mengekang asakan hebat lawan di minit-minit akhir perlawanan.

Setakat ini Bukit Tunggal masih mencari kemenangan sulong untuk meneruskan kelancaran kejohanan untuk mara ke kedudukan 4 teratas bagi melayakkan diri kepringkat suku akhir.
Penolong pengurus Armizi Mansor mengakui anak buah nya terlalu leka dan terlalu mengamalkan corak bertahan di babak kedua walaupon separuh masa pertama menguasai perlawanan. Mengulas mengenai perlawanan menentang TFFC, Armizi juga menambah pasukannya silap kerana terlalu banyak bergantung kepada tenaga import, yang mana mereka tidak menunjukkan prestasi yang di harapkan dan gagal memberi komitmen di atas padang, selalu mempertikai arahan jurulatih pasukan.

Oleh yang demikian, team Bukit tunggal  perlu bangkit dan buktikan kepada pihak pengurusan untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Tanah Jawi Fc. Misi mencari kemenangan sulong bermula dan kesilapan  mencicirkan mata akan menyukarkan lagi kemaaran pasukan....:-)










AMATUR LEAGUE

Kebelakangan ini banyak kejohanan-kejohanan yang di sertai oleh pasukan bukit tunggal jr. antaranya kejohanan Amatur League yang di anjurkan oleh persatuan bola sepak negeri terengganu. Kejohanan ini adalah kejohan rasmi persatuan yang memerlukan syarat-syarat untuk menyertainya, di antaranya umur tidak melebihi 26, ia adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat muda ke arah lebih tinggi.
Antara syarta utama ialah:

1. Syarat utama bagi pemain yang untuk bermain mestilah lahir tahun 89 dan ke atas
2. Pemain mestilah tiada komitmen dengan liga lain (liga super, liga perdana, liga FAM, piala presiden)
3. Mestilah Warganegara Malaysia

Kejohanan ini di bahagi kepada 2 kump yang mana bukit tunggal berada dalam kumpulan A.



Oleh yang demikian berilah Sokongan kepada anak-anak muda bukit tunggal dalam kempen kejohanan Amatur League ini.

GENERASI BARU BUKIT TUNGGAL

Assalamulaikum...

Salam sejahtera semua, atas permintaan sahabat-sahabat blog generasi baru bukit tunggal (new generation) di bangunkan dengan ilham oleh sahabat-sahabat yg sy hormati. Blog ini di bangunkan adalah untuk menceritakan serba sedikit perkembangan anak-anak muda generasi baru bukit tunggal dalam kareer bola sepak masing-masing di peringkat kampung kursusnya dan di peringkat daerah dan negeri amnya. 
Oleh yang demikian, peringatan buat diri dan semua, sokonglah skuad muda bukit tunggal seperti mana kita mahu pemain dan pihak pengurusan menjaga kebajikan kita semua. Ibarat kata pepatah yang berat sama di pikul dan yang ringan sama di jinjing.

Pengurusan
Zulkifli Ghani
Armizi Mansor
Afdi Alias
Pokcang
Fizi
Jamil
Faizal ( medic)
zulkifli (Matli)

Pemain-pemain pelapis

Azri
Adam
Aqil
Adi
Dikmat
Emy
Iskandar
Mat din Jer
Mat Daud
Naim
Sani
Zaquan
Zu