Monday 4 May 2015

PERLAWANAN HIDUP MATI

Pada hari jumaat 8/5/2015 akan belangsung Perlawanan penting untuk Seberang Baruh (bukit Tunggal) yang akan menentukan hala tuju pasukan dalam kejohanan DUN kali ini. Perlawanan kedua ini menentang pasukan Pak Katak yang juga mencari kemenangan kedua setelah membelasah pasukan BukitTokris 6-0. Perlawanan ini boleh di katakan misi hidup mati pasukan Seberang Baruh (bukit Tunggal) kerana hanya juara dan naib juara sahaja yang layak ke suku akhir. satu lagi pasukan Tuan Mandak sudah sebelah kaki ke suku akhir.

Setelah di kecewakan pasukan Gong Sentul sebelum ini dalam kejohanan Paiala Muhibbah, Pengurus pasukan Apdi Alias mengambil pendekatan berbeza kali ini dengan menggugurkan beberapa pemain yang tidak cergas dan yang gagal memberi komitmen dalam pasukan. Lebih pahit pemain berpengalaman Mat Ali pula tiada kerana urusan kerja. Sedikit kelegaan apabila kepulangan kembali pemain kesayangan Peli, Emy ke dalam pasukan dan memberi sedikit keyakinan kepada pasukan.

Kedudukan terkini:

Team                             M  PTS
Tuan Mandak                      2 6
Pak Katak                            2 3
Seberang Baruh                     1 3
Bukit Tokris                        3 0