Tuesday 29 March 2016

RINGKASAN GAME SHOW FUTSAL PIALA TMJ LEPY FC

Perlawanan Futsal Piala TMJ Lepy berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Game show futsal ini di menangi oleh pasukan Liverpool yang di perkuatkan oleh Adam,adikmat,Adi Ler, Naim, Pizi dan juga matdek yang ampuh menjaga gawang. pasukan ini mencatat 3 kemenangan dan 1 seri.


Kejutan berlaku apabila naib johan dimenangi oleh pasukan Arsenal yang di barisi anak-anak muda (skuad Hj Lan Kayu). mereka mengamalkan corak permainan futsal yang menarik dan bermain secara berpasukan. Syabass anak muda.!

Pasukan Man united yang juga antara pasukan pilihan pula memenangi tempat ketiga. Pasukan ini menarik perhatian kita kerana corak mereka ala ala pasukan barcelona iaitu tiki taka tetapi tidak bernasib baik dan hanya menang nasib dengan pasukan Leicester City. Pasukan ini menyenaraikan Adam sebagai penjaga gol, mat daud,Iskandar, Nadir dan juga Pepe yang kental mengawal kubu.

Manakala Pasukan Leicester City yang membariskan pemain-pemain senior antaranya Mirul, Miji, Jamil, Matli, Mekmi dan Ajiz siol juga memberi saingan hebat kepada team anak-anak muda malah mereka kurang bernasib baik apabila mencatat 3 keputusan seri dan satu je kalah.


Pasukan Spurs pula boleh menyalahkan diri mereka sendiri kerana penyudahan yang tumpul dan tidak menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol. Permainan mereka agak menarik dengan hantaran-hantaran pantas dan skill pemain yang cukup bagus tetapi kurang bernasib baik. Pasukan ini di barisi Zakuan sebagai penjaga gol, Akil, Akim, Azrol, Zu dan Abg ram.


Admin puji pihak pengurusan kerana sudi menganjurkan game show seperti ini, malah penganjuran seperti ini lah dapat mencungkil bakat bakat baru dalam permainan futsal dan mengeratkan lagi silaturahim sesama pemain.





Admin ucapkan tahniah kepada pengurusan dan pemain-pemain yang telah menjayakan Game Show Futsal kali ini...!!!

Monday 28 March 2016

FUTSAL PIALA TMJ LEPY FC

Malam ini berlangsung kejohanan futsal suka suki yang di adakan di padang futsal trio bukit tunggal. Kejohanan di adakan sebagai persiapan Bukit Tunggal menyertai beberapa kejohanan antaranya Futsal belia, 9 sebelah belia dan kejohanan liga DUN. Ini bukan pertama kali kejohanan futsal suka suki macam ni diadakan, malah boleh di katakan setiap 3 bulan sekali.

Format pertandingan akan di jalankan secara liga @ round robin, team mana yg kekal di puncak liga akan di kira sebagai johan. Sama Seperti kejohanan 7 sebelah sebelom ini, pemain-pemain akan di undi utk mengetahui pasukan masing2 dan undian di buat oleh pihak pengurusan En zul n capt ji. Ramai juga yang terlepas drpd menyertai kejohanan kali ini kerana kecederaan, komitmen kerja dan sebagainya. 

Bukan pemenang yang ingin di cari tetapi pengalaman dan pendedahan menjadi matlamat utama dan juga ukurannya bukan pada kekerasan fizikal semata mata tetapi ingin melihat corak permainan berpasukan diterjemahkan. 

Ramai pemerhati melihat, kejohanan ini di adakan bukan untuk pendedahan tetapi lebih kepada keseronokan semata..tak pe lah..abaikan si pemerhati-pemerhati tersebut yang penting semangat ingin maju dalam bola sepak ada dalam diri setiap pemain, malah kejohanan seperti ini lah dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pemain.

Antara Pemain yang tersenarai:

Liverpool
matdek
dikmat
Pizik
adi
adam
naim

Man United
adam kiper
is
nadir
Pepe
alif
kimi

Tot Spurs
zakuan kiper
akil
azrol
Akim
zu
Abg ram

Leicester City
Mirul lala
Jamil
Matli
Miji
Mekmi
Oat

Arsenal
Team anok hj lan kayu

Sunday 27 March 2016

MENGGAMIT NOSTALGIA BUKIT TUNGGAL ERA 90

Sekitar Tahun 90an, berlansung perlawanan persahabatan antara pasukan Bukit Tunggal menentang pasukan Ketengah Jaya fc di pdg ketengah jaya. Perlawanan ini di adakan bagi mengeratkan silaturrahim antara kedua dua pasukan dan sebagai persiapan Bukit Tunggal menghadapi kejohanan pada waktu itu. Ketibaan pemain2 bukit tunggal disambut meriah dan mendapat layanan mesra daripada pihak tuan rumah, apa tidak nya pemain2 di jamu dengan meehoon goreng sebelom perlawanan bermula.

Pada waktu ini bukit tunggal antara pasukan yg di segani di daerah KT dengan beberapa kejayaan di beberapa kojohanan yg di sertai. Pokwel antara pemain berpengaruh dlm pdg mengetuai jentera tengah dengan azizi hamzah bertindak sbg wing kanan yg ckup lincah. Yo pula kental mengawal barisan pertahanan manakala peli cukup ampuh menjaga gawang drpd di bolosi gol. Tidak lupa kepada bewel dan mat alim yang sungguh licik dengan gerakan-gerakan menarik, selalu dapat meloloskan diri melepasi pertahanan lawan dan kedua dua pemain ini memainkan peranan penting dalam pasukan.

perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol Bukit tunggal di jaringkan oleh arwah Seli Kedah (alfatihah utk beliau), malah beliau menjadi duri dalam daging bagi pihak lawan, cukup licik dengan kaki kirinya sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Semoga detik detik nostalgia ini dapat menggamit kenangan yang sukar utk di lupakan.


Dari kiri
Berdiri:    Awg saluh,madi bara,matcher, mat
                  alim,madi sungai, ramli pokleh(p),cw
                  kamal,sabie,pokweil, peri,gg
Duduk:     Kosim,madi keling,koid,yo,peli,ali
                  sedih,seli kedoh,bewell

Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal era 90 an.

Thursday 24 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG TG BUNUT DI PDG JERAM

Hari ini 24/3/2016 berlangsung perlawanan persabahatan menentang pasukan Jeram yang berkesudahan 3-1 berpihak kpd pasukan Senior Bukit tunggal..kehadiran semula Quinn Tana dan Luken selapas sembuh daripada kecederaan menguatkan lagi barisan tengah pasukan dan memberi sedikit kelebihan buat pasukan. Kelibat Azizi Hamzah juga cukup cemerlang yang berjaya mengawal dan menahan setiap asakan tuan rumah yang berusaha mencari gol penyamaan pada lewat permainan.

Permainan kedua dua pasukan agak seimbang dan Corak yang sering di sarankan oleh coach cang iaitu total football berjaya di prektikkan oleh pasukan Bukit Tunggal spt perlawanan-perlawanan sebelum ini. Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama namun Bukit Tunggal berjaya bangkit dan memperoleh Gol pada separuh masa kedua. Gol-gol Bukit tunggal di jaringkan oleh awang kamal, Tana dan Pedi. Malah bukit tunggal mngkin boleh menambah jaringan menerusi Sepakan penati tetapi gagal di sempurnakan oleh Azizi Hamzah.



Cang mengulas mengenai perlawanan" Sy bangga bukan sahaja keputusan memihak kpd kita malah melihat corak permainan hari ni, segala perancangan awal menjadi, kita akan perbaiki sedikit kelmahan di bahgian pertahaanan dan serangan pada game akan dtg"

Jelajah pra-musim Pasukan Senior Bukit Tunggal seterusnya akan di umumkan dalam masa terdekat. Tunggu Cang umum..!!!




Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Senior Bukit Tunggal...!!!

Tuesday 22 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENETANG PASUKAN SM VOKASIONAL BAWAH 18

Hari ini 22/3/2016 telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan bukit tunggal menentang pasukan bawah 19 tahun (anok buoh cgu zul) di padang SM Vokasional Wakaf Mesu..

Kekuatan anak buah cgu Zul yg di barisi anak2 muda itu memang di akui hebatnya kerana sebelom ini kedua2 pasukan pernah beberapa kali bertemu.
Team cgu zul dalam rangka persiapan awal mereka menghadapi kejohanan bawah 19 peringkat negeri di jerteh pada bulan april depan.


Untuk hari ini Capt miji menyenaraikan kembali pertahanan kiri pok cang yg sebelom ini terlepas aksi menetang G.Sentul. Ternyata ianya berkesan kerana beberapa kali berjaya menyekat gerakan lincah pemain sayap kanan mereka.

Kedua dua pasukan bermula agak perlahan dan berhati-hati. Team cgu Zul berjaya mendahului pada minit ke 25, gol terhasil apabila pemain pertahanan terlalu memberi ruang kepada pemain no 7 mereka merembat kencang melepasi penjaga gol Mr Adam.

Anak2 buah cgu Zul yang rata2 dibarisi pemain berumur 18 tahun terus menguasai permainan sebaik separuh kedua bersambung. Kekuatan stamina mereka cukup bagus dan mantap, maklom la umur 18,19..:) dan mereka berjaya menjarakkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke 50 hasil rembatan jarak jauh.

Bukit Tunggal yg ketiggalan tidak ada banyak pilihan dalam barisan simpanan jika hendak di bandingkan dengan anok buoh cgu zul.
Bukit Tunggal terus buntu sehiggalah pada mini 70, mat daud menjarinkan gol dengan tolakan mudah kaki kiri melapasi penjaga gol. Gol penting tersebut ternyata menyuntik semangat rakan-rakan.
Bukit tunggal terus mengasak dan pada lewat permainan Adam berjaya menjaringkan gol penyamaan dan jaringan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Admin ucapkan tahniah kepada Pasukan Bukit Tunggal...!!!


Monday 21 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG BT6 DI PADANG SINTETIK

Hari ini 21/3/2016 telah berlangsung perlawanan antara Pasukan senior Bukit tunggal menetang pasukan bt6 di pdg sintetik Tok Jiring..keadaan padang yg begitu baik dan rata menampakkan kualiti permainan kedua2 pasukan bertukar tukar hantaran..

Separuh masa pertama banyak di kuasai oleh Pasukan Bukit tunggal dengan jentera tengah di ketuai oleh Miji yang serasi bermain bersama Sabi dan awang kamal. Ketika Bt6 masih tercari2 rentak permainan bukit tunggal telah mendahului hasil rembatan kencang mat daud(Oat) melalui lorongan cantik drpd pemain tengah.

Bt 6 memeperkemaskan barisan pemainnya pada separuh masa kedua dengan memasukkan bekas pemain Terengganu Ku lias dan hasil nya batu 6 berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan Faiz.

Sebagai persediaan menghadapi saingan liga tidak lama lagi, Coach Cang memasukan beberapa muka baru dan memgeluarkan beberapa tonggak pasukan. Ketika Bukit Tunggal cuba mencari rentak
Bt6 berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Ju hasil rembatan dari jarak 20 meter menewaskan Mat Dek.

Bukit tunggal tidak berputus asa dengan mengasak kubu lawan dan hasilnya Bukit tunggal berjaya mendapatkan sepakan penalti pada min 77 yang di sudahi oleh Jamil utk menyamakan kedudukan 2-2.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat, Coach cang mengulas " Di luar jangkaan, semua pemain menunjukkan peningkatan dan keputusan perlawanan bukan fokus utama malah pendedahan pemain lebih penting sebelom mengharungi Liga tidak lama lagi". Tambahnya lagi " Pertahanan hari ini bermain begitu cemerlang di ketuai Matli, tetapi sedikit kesilapan membawah padah, saya bangga dengan semua pemain"
Jelajah Pra-Musim seterusnya menanti pasukan Senior Bukit Tunggal adalah menentang pasukan Jeram sebagai persiapan menghadapi Liga.

Senarai Pemain
Matdek
Ajih
Sabi
Adikmat
Yusof
Pokcang
Matli
Jamil
Mat daud
Miji
Bewel
Peddi
Nadir
Yah
Ferus
Jojo

Admin ucapkan Tahniah Kepada pasukan Senior Bukit Tunggal..!!!



Saturday 19 March 2016

SEMANGAT, DISIPLIN ITU PENTING

Esok 21/3/2016 pasukan senior bukit tunggal akan membuat perhitungan dengan pasukan campuran bt6, yang mana perlawanan ini akan menetukan nasib capt pasukan pok cang samada melepaskan lilitan lengannya ataupon tidak, kerana beberapa keputusan sejak kebelakangan ini agak mengecewakan..Tetapi bagi pemain yg cukup kental ini, semangat yang ada pada setiap pemain amat penting dan penekanan pada disiplin lebih utama drpd mencapai kemenangan, kerana ia adalah satu bonus motivasi buat pemain yang rata2 skang ini sudah masuk ke peringkat 40an..
pada sidang media pagi tadi, pok cang mengulas " Game esok bkn Keputusan perlawanan yang menjadi fokus utama, tetapi semangat dan komitmen pemain yang lebih penting, menang adalah 1 bonus utk pasukan"
Bonus akan di bahagi selepas tamat perlawanan..:-))


SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG GONG SENTUL

Hari ini 19.3.2016 berlangsung persahabatan menetang lawan yg tidak asing lagi pasukan G.sentul. Drpd dulu team Bukit Tunggal seringkali mengadakan latihan dan persiapan mereka utk menghadapai saingan liga dengan menentang pasukan ini.

Lebih menarik, menyentuh sedikit berkenaan dgn pemain yg lama sudah tidak muncul dalam barisan utama bukit tunggal iaitu Matli seorang pemain legenda Bukit Tunggal, hari ini muncul utk mengubat luka hati peminat yg sudah lama merindui aksinya.:-)

Keputusan tidak memihak kepada pasukan Bukit Tunggal, mungkin kerana faktor keletihan di mana pemain pemain Bukit Tunggal menepuh jadual yang agak padat. Ketiadaan pemain penting Pokcang turut menjadi faktor kekalahan ini. Ada yang terlibat dgn kejohanan 7 sebelah sehari sebelom. Capt miji mengulas " keputusan perlawanan tidak menggambarkan permainan sebenar, kerana peningkatan setiap pemain pada setiap game itu cukup penting, sy bangga dgn semua pemain".

Bukit Tunggal bakal menempuh perlawanan seterusnya menetang pasukan Jeram pada jumaat ini dan sebelom tu pada hari isnin, akan berlangsung perlawanan persahabatan membabitkan pasukan senior Bukit Tunggal di pdg sintetik menentang pasukan RELA.

Tahniah pada pasukan Bukit Tunggal!!!






KEJOHANAN 7 SEBELAH TERTUTUP BUKIT TUNGGAL 2016

Bukit Tunggal, Kuala Nerus: Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara rutin tahunan kembali lagi kejohanhan bola sepak 7 sebelah tertutup Bukit Tunggal yg di anjurkan oleh Ketua pemuda umno Bukit Tunggal (Jang Alias) yang berlangsung di padang sekolah rendah Bukit Tunggal. 

Kejohanan ini pastinya di tunggu2 oleh anak-anak muda kerana ia memberi pendedahan dan mencungkil bakat anak2 muda dalam permainan bola sepak. 
kejohanan ini di langsungkan secara round robin dan pendahulu liga akan di kira sebagai johan, tidak ada format semi final atau final kali ini, mungkin kesuntukan masa barangkali..

Para-para pemain di undi untuk menentukan pasukan masing-masing sehari sebelom kejohanan. Kehadiran Orang-orang lama Lebih merancakkan dan memeriahkan lagi kojohahan kali ini antaranya Quinn Tanna, Jiji, Stopa, Jo lias, Jamil, Peddi, Asing cat. Semua nama-nama ini sudah merasai kojahanan ini sejak 10-15 tahun yg lepas.
Johan dan N.Johan

Senarai Pemenang Kojohanan 
1. Italy
2. England
3. Jerman
4. Brazil
5. Argentina
6. Sepanyol

Ikuti sedikit Kemeriahan kejohanan






 



Sunday 13 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG TEAM PIALA PRESIDEN PAHANG 2006

Sukar untuk di lupakan pengalaman dan kenangan pemain pemain emas Bukit Tunggal mengunjungi pasukan liga presiden Pahang dan mengadakan perlawanan persahabatan di padang Majlis Daerah Kuantan. Keadaan pemain pada masa itu yang agak kecewa apabila tewas separuh akhir piala Muhibah sedikit terubat apabila mengadakan perlawanan persahabatan ala ala santai menentang pasukan liga presiden pahang, walaupon tewas dengan angka 6-1 tetapi semua pemain begitu enjoy bermain bola, bukan keputusan perlawanan menjadi tujuan utama tetapi lebih kepada melepaskan rasa tekanan dan kepenatan, maklom la game pon ala ala santai je.:~) 




Barisan depan:
Dikmat,Bewel,Jiji,Jamil,Cop,Sang,Pokcang,Apih
Barisan Belakang:
Mat ali,Ziman,Jang,Pokru,Matyam,Peli babas,Pedi,Ali,Cekwan,Oat,Peli,Awang Saluh

Tahniah!!! Bukit Tunggal Legend

Saturday 12 March 2016

KEJOHANAN ANJURAN TIME 2001

Salam sejahtera kepada kawan-kawan..saje je nk kongsi pengalaman dan kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan sampai bila2 pun...sy ingin berkongsi pengalaman ini dengan kawan2 semua samada yang terbabit sama dalam kejohanan ini mahu pun yang sekadar ingin merasai sama detik-detik ataupun kenagan manis hampir 15 tahun dulu.

Antara Kejayaan Bukit Tunggal yang menjadi kenangan manis apabila menjuarai kejohanan 9 sebelah Anjuran TIME CEll pada tahun 2001.kejohanan tersebut telah disertai oleh kebanyakan pasukan terkenal dan cukup kuat pada masa itu antara nya DJ Square,Pendidikan,Petronas.

sebanyak 64 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
Skuad Emas Bukit Tunggal ini ini hanya di letak sebagai 'Underdog'. Tanpa diduga satu persatu pasukan pilihan ditewaskan seterusnya dapat memenangi kejohanan tersebut dan lebih manis lagi apbila penjaga gol pasukan Bukit Tunggal iaitu Aziman telah memenangi anugerah penjaga gol terbaik kejohanan dan juga pemain terbaik

kejohanan. Lebih manis juga apabila pasukan Bukit Tunggal dapat mewakili negeri Terengganu ke kejohanan Grand final di Petaling Jaya anjuran Time Cell yang menawarkan hadiah berjumlah RM30000.

Skuad yang memenangi kejohanan TIME CELL 2001 di padang ILP Gong Badak..
Aziman (keeper) -Peli babas (bek kanan)
Mat Ali (bek tengah) -Mamat (bek tengah)
Awang Gong Setul (bek kiri)
Din Pok Katok (tengah) -Tana (tengah)
Rosli Majid (stopa) (tengah)
Jamil (striker) -Mat Isa (striker)
Sang (striker)
Pengurus Pasukan - Zulkifli (peli gembo)

Sebahagian daripada gambar semasa lawatan dan semasa kejohanan TIME CELL di Petaling Jaya.












Tahniah!!!
Bukit Tunggal Legend

5 Rekod Permainan Bolasepak Paling Sukar Dipecahkan

Bolasepak dunia memang penuh dengan rekod seperti yuran perpindahan pemain, tidak bolos, rekod kemenangan di mana antaranya mustahil untuk dipecahkan.

Berikut di antara rekod-rekod di dalam permainan bolasepak moden sekarang yang masih kekal sehingga kini :

1) Kemenangan terbesar dalam sejarah bolasepak
As Adema menjaringkan 149 gol tanpa balas ketika bertemu Stade Olympique l'Emyrne 

Rekod yang tidak mungkin dipecahkan dengan gol setiap 36 saat untuk memecahkan rekod ini.

2) Penampilan terbanyakEgypt's Ahmed Hassan telah mewakili negaranya sebanyak 184 kali dan beliau masih bermain lagi

3) Rekod tanpa kalah Arsenal pada musim 2003-04 Premier League. Pasukan pimpinan  Arsene Wenger's yang digelar "Invincibles" pada ketika itu diwakili oleh lagenda seperti Thierry Henry, Robert Pires and Dennis Bergkamp.

Rekod kemenangan 26 kali, 12 seri dan tiada kekalahan merupakan rekod yang menakjubkan.
4) Rekod yuran perpindahan pemainCristiano Ronaldo pada 2009 dari Manchester United ke Real Madrid berjumlah £80 juta. 


5) Rekod jaringan terbanyak dalam satu musim tahun 2012 dicipta oleh Lionel Messi sebanyak 91 gol. 


REKOD BOLOS TERBESAR DUNIA

Ini adalah perlawanan bola sepak dengan rekod jaringan paling besar dalam sejarah. Perlawanan ini menyaksikan kemenangan AS Adema keatas Stade Olympique L’Emyrne (SOE) dengan jaringan 149-0 sewaktu perlawanan playoff kejuaraan Liga Madagascar tahun 2002.
Keputusan 149-0 itu adalah dari perlawanan rasmi dan turut memecahkan rekod Guinness Book of Records untuk perbezaan jaringan terbesar dalam sejarah bola sepak. Rekod itu sebelum ini dipegang sewaktu perlawanan rasmi Arbroath menentang Bon Accord pada tahun 1885 dengan rekod jaringan 36-0.
Namun dalam 90 minit masa sebenar perlawanan, tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana bagaimana sebanyak 149 gol dihasilkan?
Jumlah tersebut memang sukar dijaringkan oleh sesebuah pasukan, namun bagaimana jika pasukan lawan juga turut membantu mereka?
Sebenarnya, SOE menyertai pertandingan itu dengan rasa yang kecewa. Ini kerana mereka tahu, sejak awal lagi mereka tahu bahawa pasukan AS Adema sudah diatur untuk memenangi pertandingan itu. Pengadil juga telah dibayar untuk tujuan itu.
Apabila mengetahui hal sebenar, SOE telah memutuskan untuk melakukan protes yang luar biasa. Ketika wisel perlawanan ditiup oleh pengadil, pemain-pemain SOE terus menjaringkan gol sendiri tanda protes.
Sungguh teruk sehinggakan pemain AS Adema tidak perlu menyentuh bola langsung dan tidak perlu berusaha untuk mendapat 149 gol ini.
Tahniah..!!! wakakaka

Friday 11 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN BUKIT TUNGGAL VS DURIAN BURUNG

Hari ini satu lagi perlawanan persahabatan membabitkan pasukan B.Tunggal menentang pasukan Durian Burung berkesudahan memihak kepada pasukan B.Tunggal 1-0. Perlawanan bermula agak perlahan dengan kedua dua pasukan berhati-hati mencari rentak permainan.
B.Tunggal berjaya di depan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke 30 menerusi larian bijak bojen di sebelah kiri seterusnya membuat hantaran lintang dan di sambar baik oleh akim dengan menolak masuk bola menewaskan penjaga gol.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah memperkemaskan rentak permainan mereka dan mengasak mencari gol penyamaan tetapi gagal melepasi benteng pertahanan B.Tunggal yang agak kemas hari ni dengan penjaga gol Adam beraksi cemerlang dan pertahanan kiri Pak cang juga beraksi cemerlang hari ini.

B.Tunggal terus mengasak kubu lawan dengan deretan peluang yang di miliki oleh jentera serangan. Tiga peluang keemasan B.Tunggal untuk menambah jaringan pada lewat permainan tetapi gagal di sempurnakan oleh penyerang pasukan.

Man of the match pada perlawanan hari ini ialah Dikmat sukandi yang berkerja keras mengekang asakan demi asakan lawan. Mengulas mengenai perlawanan Dikmat berkata" kemenangan ini adalah kemenangan bersama bukan kemenangan individu, semua pemain beraksi cemerlang. "

Senarai pemain:
Adam keeper
dik
bojen
sepul yet
adam
oat
akim
Zakuan
jamil
kocu
zu
nadirmat
akil
pakcang
adi





Thursday 10 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN TEAM VETERAN PADANG SINTETIK


Pasukan veteran Bukit Tunggal tidak ketinggalan melakukan persiapan bagi menghadapi saingan liga Malaysia.

Senarai pemain
1. Matdek
2. Sabi
3. Ajih sio
4. Jiji
5. Luken
6. Pizik
7. Peli
8. Quinn Tanna
9. Bewel
10. Mi mobil
11. Pak cang
12. Miji
13. Jamil
14. Yusohh
15. Ferus
16. Sepul nyet

Admin ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada pasukan veteran Bukit Tunggal.

PERSAHABATAN BUKIT TUNGGAL VS BUKIT TUMBUH 2016

Hari ini 10/3/2016 satu perlawanan persahabatan menentang pasukan B.Tumbuh yang diadakan di padang B.Tumbuh berkesudahan memihak kepda pasukan bukit tunggal 3-2. Bukit Tunggal bermula agak perlahan dengan beberapa hantaran tidak tepat dan pengawalan bola kurang kemas sehinggalah muncul jaringan pertama hasil sepakan percuma dan follow up drpd sepul(nyet) dgn rembatan kencang menewaskan penjaga gol muda B.Tumbuh.
10 minit kemudian kesilapan linesmen yg tidak nampak perangkap offside mnyebabkan B.Tumbuh berjaya menyamakan kedudukan menerusi Tarzan..perlawanan menjadi berat sebelah apbila B.Tumbuh mengawal permainan dan hasilnya pemain veteran fadhil menanduk masuk hasil sepakan percuma dari sebelah kiri padang. 

Bersambung separuh masa kedua, B.tunggal memperkemaskan lagi barisan pertahanan dan serangan dgn mengeluarkan beberapa pemain. Hasil beberapa perubahan teknikal oleh Coach Miji B.Tunggal akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi mat daud hasil hantaran lintang Adam. B.Tunggal berjaya menambahkan jaringan menerusi kocu namun rembatan nya tepat ke penjaga gol.

B.Tunggal melakukan serangan bertubi2 ke arah gol lawan dan berjaya mengucar kacirkan barisan pertahanan lawan hasil nya minit ke 85 mat daud sekali meletakkan nama sebagai penjaring apabila merembak kencang dan menewaskan penjaga gol. mengulas mengenai perlawanan ini Coach Miji berkata:" saya cukup berpuas hati dgn corak permainan walaupon ketinggalan satu ketika, tetapi pemain berjaya bangkit, ini lah semangat yg kita mahu kan"

Manakala man of the match Mat daud pula menyuarakan pendapat berlainan :" kami orang muda akan terus berkerja keras demi meneruskan kareer bola sepak kami, Jgn matikan semangat kami"..:-)

admin mengucapkan tahniah kpd team bukit tunggal