Saturday 28 May 2016

AJIL MENJADI MANGSA PULA KALI INI

Kali ini pasukan veteran bukit tunggal berkunjung ke Ajil menentang pasukan Bukit Perah fc (team bewel). Jarak perjalanan yang agak jauh mengambil mase lbh kurang 40 min utk sampai itupun melalui Highway tetapi ia tidak sedikit pon melunturkan semangat anak2 buah en zul yg di bimbing oleh pokcang untuk memenangi perlawanan dengan jaringan 3-2.
BUKIT TUNGGAL FC
AJIL FC

Keadaan padang yang agak kering dan cuaca yg
agak baik membolehkan perlawanan berlansung dengan sempurna baik dari segi hantaran mahupun jaringan di lakukan.

Gol2 bukit di jaringkan oleh Yusof Sori,Jojo dan di sudahi dengan jaringan penalti Jamil. Sebelom itu bukit tunggal ketinggalan seawal minit ke 10 apabila Penjaga gol bukit tunggal En Zulkipli ghani tidak dapat menahan dan lemas dengan bola lambungan pemain lawan(bobok).




Sunday 22 May 2016

MISI TERCAPAI, VETERAN KERTEH KECUNDANG JUA

Hari ini berlangsung perlawanan ulangan persahabatan diantara pasukan veteran bukit tunggal menentang veteran kerteh di padang smbt yang mana sebelum ini berlangsung di padang astaka kerteh. Sebelum ini bukit tunggal dimalukan dengan jaringan 5-0 dan hari ini bukit tunggal bangkit dengan misi ingin menebus aib di mana pasukan veteran kerteh kecundang 3-0 hasil jaringan jamil,azizi dan jojo..

Ikuti sedikit warna warni perlawanan petang tadi dan juga saksikan jaringan hebat pemain berpengalaman azizi hamzah yang melakukan voley cantik. Jaringan ini mungkin akan di hantar ke FAM untuk dipertimbangkan ke anugerah puskas peringkat antarabangsa bersama2 gol faiz subri..:::-)))
Pasukan pelawat di raikan di kedai semah dengan jamuan mee goreng..semoga perlawanan hari ini menambah lagi keakraban kedua2 pasukan.



Jumpa lagi pada game akan datang
Tahniah untuk kedua dua2 pasukan!!!.

Thursday 21 April 2016

KAMI KAWAN KARIB

Pemain pertahanan dan juga kapten pasukan pok cang mengakui begitu rapat dengan azizi hamzah atau lebih di kenali jiji yg beraksi di posisi pertahanan tengah. Kami selalu bertukar tukar fikiran walaupon kadang kadang x pelaga angin atas beberapa isu.
Kami adalah kawan karib..harap maklom.

SEKITAR PERSAHABATAN MENETANG PASUKAN VETERAN JERAM

Hari ini skuad senior Bukit Tunggal mengadakan Perlawanan persahabatan menentang jeram yg berlangsung di padang astaka jeram. Perlawanan ini berakhir dengan bukit tunggal menerima kekalahan 4-2.




Kemunculan semula poklan(lan toir) setelah berehat beberapa tahun memeriahkan lagi suasana perlawanan. Pertemuan dua pasukan ini adalah ulangan kepada perlawanan pertama tempoh hari cuma kali ini Bukit Tunggal yang kalah, manakala game yang sbelum ni di menangi Bukit tunggal.

Kapten cang berkata" Kekalahan hari ni disebabkan faktor cuaca yang agak panas dan pemain agak keletihan mungkin takut terkene penyakit strok haba....".

Saturday 16 April 2016

BUKIT TUNGGAL MENJUARAI KEJOHANAN 9 SEBELAH

Sejarah tercipta hari ini di padang rumput tiruan(sintetik) apabila pasukan Bukit Tunggal (atas nama seberang baruh) telah menjuarai kejohanan Karnival sukan kuala nerus dalam acara bola sepak 9 sebelah anjuran UMNO kuala nerus. Format pertandingan kalah mati dan sebanyak 62 team telah menyertai kejohanan ini..

Pada perlawanan akhir bukit tunggal telah menewaskan pasukan Batu Enam b menerusi sepakan penalti setelah terikat 0-0 pada masa sebenar. Sebelom itu pada separuh akhir bukit tunggal menewaskan pasukan banggol tok esah dengan kemenangan tipis 1-0.

Dengan kemenangan ini Bukit tunggal membawa pulang wang tunai RM1500 manakala Batu Enam RM1000.

Capt ji mengulas" saya sungguh bangga dengan semangat pemain-pemain yang memberi komitmen 100% walaupon keadaan cuaca yang agak panas"
Pengurus pasukan En zul pula berkata "sy bangga dengan semua pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa, kerna memg sy target drpd awal team ini akan johan memandangkan laluan agak mudah.."s



Admin ucapkan tahniah kepada semua pemain...!!!

Saturday 9 April 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG MANIR DI PADANG JERAM

Hari ini telah berlangsung Perlawanan persahabatan di antara Bukit Tunggal menentang pasukan Manir di padang jeram. kedua dua pasukan gagal menemui sentuhan jaringan dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.




Faktor keletihan mungkin menjadi faktor utama mutu permainan pasukan bukit Tunggal menurun sedikit, tetapi pujian harus di berikan kepada semua pemain kerana telah berusaha sedaya upaya memberikan persembahan terbaik.
Banyak juga peluang terbaik yang dimiliki oleh Bukit Tunggal tetapi gagal dimanfaatkan.
Keputusan seri kekal sehingga wisel penamat.


Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal..!!!

Senarai Pemain:
Adam
Dikmat
Lupi
Azrol
Pokcang
Adi
Nadir
Jamil
Miji
Mat oat
Adam
Is
Mekmi
Zul
Mamat toyu
Zakuan

Thursday 7 April 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG PASUKAN BULUH GADING

Setelah berehat selama 2 minggu, aksi persahabatan di sambung kembali, kali ini Bukit Tunggal menentang pasukan Buluh Gading. Bukit Tunggal berjaya mencatat kemenangan memberansangkan apabila menewaskan pasukan Buluh Gading 4-1. kemenangan ini pastinya menyuntik kembali semangat pemain pemain menjelang kejohanan 9 sebelah tidak lama lagi dan juga sebagai persiapan menghadapi liga DUN.


Seperti biasa Bukit Tunggal memang lambat panas dan bermula agak perlahan. Rentak permainan pasukan lawan agak laju. Pasukan Buluh Gading berjaya di depan dengan jaringan menarik dari jarak 25m menewaskan penjaga gol Adam korie. Tersentak dengan jaringan tersebut, Bukit Tunggal mula memperkemaskan barisan tengah dan serangan. Permainan bertukar menjadi menarik apabila bukit tunggal berjaya memperolehi gol penyamaan hasil jaringan hebat Mat Oat, mendada dan terus menendang voley "ala ala james rodriguez"  seperti kebiasaan beliau hasilkan sebelum2 ini.

Bukit tunggal memperkemaskan lagi corak permainan dan berjaya mengawal permainan pada awal babak kedua. Pertukaran tektikal dengan memasukkan penyerang zakuan,adam dan zul nyata merubah perlawanan apabila zakuan berjaya manjaringkan gol kedua hasil tandukan ke penjuru kanan gol. Ternyata gol tersebut memberi semangat kepada zakuan apabila sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring, gol terhasil apabila hantaran lintang zul berjaya di sudahi oleh zakuan dengan voley cantik.

zul sekali lagi main peranan penting apabila di peteh di dalam kotak penalti. Azri bojen mengambil sepakan penalti dan berjaya menghasilkan gol keempat pasukan Bukit Tunggal.

keputusan 4-1 kekal sehingga wisel penamat.
kredit untuk semua pemain


Keseluruhan pemain hari ini sedikit terasa dengan ketiadaan capt miji yang terpaksa mengkuti kem latihan pasukan kebangsaan menjelang pershabatan dengan pasukan Oceania dalam masa terdekat ini..

admin ucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal..
                         Sebahagian penonton.

Senarai pemain
Adam keeper
Pokcang
Dikmat
Aqil
Azrol
Jamil
Oat
Bojen
Akim
Is
Mekmi
Zul
Adam
Zakuan
Nadir

Tuesday 29 March 2016

RINGKASAN GAME SHOW FUTSAL PIALA TMJ LEPY FC

Perlawanan Futsal Piala TMJ Lepy berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Game show futsal ini di menangi oleh pasukan Liverpool yang di perkuatkan oleh Adam,adikmat,Adi Ler, Naim, Pizi dan juga matdek yang ampuh menjaga gawang. pasukan ini mencatat 3 kemenangan dan 1 seri.


Kejutan berlaku apabila naib johan dimenangi oleh pasukan Arsenal yang di barisi anak-anak muda (skuad Hj Lan Kayu). mereka mengamalkan corak permainan futsal yang menarik dan bermain secara berpasukan. Syabass anak muda.!

Pasukan Man united yang juga antara pasukan pilihan pula memenangi tempat ketiga. Pasukan ini menarik perhatian kita kerana corak mereka ala ala pasukan barcelona iaitu tiki taka tetapi tidak bernasib baik dan hanya menang nasib dengan pasukan Leicester City. Pasukan ini menyenaraikan Adam sebagai penjaga gol, mat daud,Iskandar, Nadir dan juga Pepe yang kental mengawal kubu.

Manakala Pasukan Leicester City yang membariskan pemain-pemain senior antaranya Mirul, Miji, Jamil, Matli, Mekmi dan Ajiz siol juga memberi saingan hebat kepada team anak-anak muda malah mereka kurang bernasib baik apabila mencatat 3 keputusan seri dan satu je kalah.


Pasukan Spurs pula boleh menyalahkan diri mereka sendiri kerana penyudahan yang tumpul dan tidak menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol. Permainan mereka agak menarik dengan hantaran-hantaran pantas dan skill pemain yang cukup bagus tetapi kurang bernasib baik. Pasukan ini di barisi Zakuan sebagai penjaga gol, Akil, Akim, Azrol, Zu dan Abg ram.


Admin puji pihak pengurusan kerana sudi menganjurkan game show seperti ini, malah penganjuran seperti ini lah dapat mencungkil bakat bakat baru dalam permainan futsal dan mengeratkan lagi silaturahim sesama pemain.





Admin ucapkan tahniah kepada pengurusan dan pemain-pemain yang telah menjayakan Game Show Futsal kali ini...!!!

Monday 28 March 2016

FUTSAL PIALA TMJ LEPY FC

Malam ini berlangsung kejohanan futsal suka suki yang di adakan di padang futsal trio bukit tunggal. Kejohanan di adakan sebagai persiapan Bukit Tunggal menyertai beberapa kejohanan antaranya Futsal belia, 9 sebelah belia dan kejohanan liga DUN. Ini bukan pertama kali kejohanan futsal suka suki macam ni diadakan, malah boleh di katakan setiap 3 bulan sekali.

Format pertandingan akan di jalankan secara liga @ round robin, team mana yg kekal di puncak liga akan di kira sebagai johan. Sama Seperti kejohanan 7 sebelah sebelom ini, pemain-pemain akan di undi utk mengetahui pasukan masing2 dan undian di buat oleh pihak pengurusan En zul n capt ji. Ramai juga yang terlepas drpd menyertai kejohanan kali ini kerana kecederaan, komitmen kerja dan sebagainya. 

Bukan pemenang yang ingin di cari tetapi pengalaman dan pendedahan menjadi matlamat utama dan juga ukurannya bukan pada kekerasan fizikal semata mata tetapi ingin melihat corak permainan berpasukan diterjemahkan. 

Ramai pemerhati melihat, kejohanan ini di adakan bukan untuk pendedahan tetapi lebih kepada keseronokan semata..tak pe lah..abaikan si pemerhati-pemerhati tersebut yang penting semangat ingin maju dalam bola sepak ada dalam diri setiap pemain, malah kejohanan seperti ini lah dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pemain.

Antara Pemain yang tersenarai:

Liverpool
matdek
dikmat
Pizik
adi
adam
naim

Man United
adam kiper
is
nadir
Pepe
alif
kimi

Tot Spurs
zakuan kiper
akil
azrol
Akim
zu
Abg ram

Leicester City
Mirul lala
Jamil
Matli
Miji
Mekmi
Oat

Arsenal
Team anok hj lan kayu

Sunday 27 March 2016

MENGGAMIT NOSTALGIA BUKIT TUNGGAL ERA 90

Sekitar Tahun 90an, berlansung perlawanan persahabatan antara pasukan Bukit Tunggal menentang pasukan Ketengah Jaya fc di pdg ketengah jaya. Perlawanan ini di adakan bagi mengeratkan silaturrahim antara kedua dua pasukan dan sebagai persiapan Bukit Tunggal menghadapi kejohanan pada waktu itu. Ketibaan pemain2 bukit tunggal disambut meriah dan mendapat layanan mesra daripada pihak tuan rumah, apa tidak nya pemain2 di jamu dengan meehoon goreng sebelom perlawanan bermula.

Pada waktu ini bukit tunggal antara pasukan yg di segani di daerah KT dengan beberapa kejayaan di beberapa kojohanan yg di sertai. Pokwel antara pemain berpengaruh dlm pdg mengetuai jentera tengah dengan azizi hamzah bertindak sbg wing kanan yg ckup lincah. Yo pula kental mengawal barisan pertahanan manakala peli cukup ampuh menjaga gawang drpd di bolosi gol. Tidak lupa kepada bewel dan mat alim yang sungguh licik dengan gerakan-gerakan menarik, selalu dapat meloloskan diri melepasi pertahanan lawan dan kedua dua pemain ini memainkan peranan penting dalam pasukan.

perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol Bukit tunggal di jaringkan oleh arwah Seli Kedah (alfatihah utk beliau), malah beliau menjadi duri dalam daging bagi pihak lawan, cukup licik dengan kaki kirinya sering mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Semoga detik detik nostalgia ini dapat menggamit kenangan yang sukar utk di lupakan.


Dari kiri
Berdiri:    Awg saluh,madi bara,matcher, mat
                  alim,madi sungai, ramli pokleh(p),cw
                  kamal,sabie,pokweil, peri,gg
Duduk:     Kosim,madi keling,koid,yo,peli,ali
                  sedih,seli kedoh,bewell

Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal era 90 an.

Thursday 24 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG TG BUNUT DI PDG JERAM

Hari ini 24/3/2016 berlangsung perlawanan persabahatan menentang pasukan Jeram yang berkesudahan 3-1 berpihak kpd pasukan Senior Bukit tunggal..kehadiran semula Quinn Tana dan Luken selapas sembuh daripada kecederaan menguatkan lagi barisan tengah pasukan dan memberi sedikit kelebihan buat pasukan. Kelibat Azizi Hamzah juga cukup cemerlang yang berjaya mengawal dan menahan setiap asakan tuan rumah yang berusaha mencari gol penyamaan pada lewat permainan.

Permainan kedua dua pasukan agak seimbang dan Corak yang sering di sarankan oleh coach cang iaitu total football berjaya di prektikkan oleh pasukan Bukit Tunggal spt perlawanan-perlawanan sebelum ini. Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama namun Bukit Tunggal berjaya bangkit dan memperoleh Gol pada separuh masa kedua. Gol-gol Bukit tunggal di jaringkan oleh awang kamal, Tana dan Pedi. Malah bukit tunggal mngkin boleh menambah jaringan menerusi Sepakan penati tetapi gagal di sempurnakan oleh Azizi Hamzah.



Cang mengulas mengenai perlawanan" Sy bangga bukan sahaja keputusan memihak kpd kita malah melihat corak permainan hari ni, segala perancangan awal menjadi, kita akan perbaiki sedikit kelmahan di bahgian pertahaanan dan serangan pada game akan dtg"

Jelajah pra-musim Pasukan Senior Bukit Tunggal seterusnya akan di umumkan dalam masa terdekat. Tunggu Cang umum..!!!




Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Senior Bukit Tunggal...!!!

Tuesday 22 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENETANG PASUKAN SM VOKASIONAL BAWAH 18

Hari ini 22/3/2016 telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan bukit tunggal menentang pasukan bawah 19 tahun (anok buoh cgu zul) di padang SM Vokasional Wakaf Mesu..

Kekuatan anak buah cgu Zul yg di barisi anak2 muda itu memang di akui hebatnya kerana sebelom ini kedua2 pasukan pernah beberapa kali bertemu.
Team cgu zul dalam rangka persiapan awal mereka menghadapi kejohanan bawah 19 peringkat negeri di jerteh pada bulan april depan.


Untuk hari ini Capt miji menyenaraikan kembali pertahanan kiri pok cang yg sebelom ini terlepas aksi menetang G.Sentul. Ternyata ianya berkesan kerana beberapa kali berjaya menyekat gerakan lincah pemain sayap kanan mereka.

Kedua dua pasukan bermula agak perlahan dan berhati-hati. Team cgu Zul berjaya mendahului pada minit ke 25, gol terhasil apabila pemain pertahanan terlalu memberi ruang kepada pemain no 7 mereka merembat kencang melepasi penjaga gol Mr Adam.

Anak2 buah cgu Zul yang rata2 dibarisi pemain berumur 18 tahun terus menguasai permainan sebaik separuh kedua bersambung. Kekuatan stamina mereka cukup bagus dan mantap, maklom la umur 18,19..:) dan mereka berjaya menjarakkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke 50 hasil rembatan jarak jauh.

Bukit Tunggal yg ketiggalan tidak ada banyak pilihan dalam barisan simpanan jika hendak di bandingkan dengan anok buoh cgu zul.
Bukit Tunggal terus buntu sehiggalah pada mini 70, mat daud menjarinkan gol dengan tolakan mudah kaki kiri melapasi penjaga gol. Gol penting tersebut ternyata menyuntik semangat rakan-rakan.
Bukit tunggal terus mengasak dan pada lewat permainan Adam berjaya menjaringkan gol penyamaan dan jaringan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Admin ucapkan tahniah kepada Pasukan Bukit Tunggal...!!!


Monday 21 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG BT6 DI PADANG SINTETIK

Hari ini 21/3/2016 telah berlangsung perlawanan antara Pasukan senior Bukit tunggal menetang pasukan bt6 di pdg sintetik Tok Jiring..keadaan padang yg begitu baik dan rata menampakkan kualiti permainan kedua2 pasukan bertukar tukar hantaran..

Separuh masa pertama banyak di kuasai oleh Pasukan Bukit tunggal dengan jentera tengah di ketuai oleh Miji yang serasi bermain bersama Sabi dan awang kamal. Ketika Bt6 masih tercari2 rentak permainan bukit tunggal telah mendahului hasil rembatan kencang mat daud(Oat) melalui lorongan cantik drpd pemain tengah.

Bt 6 memeperkemaskan barisan pemainnya pada separuh masa kedua dengan memasukkan bekas pemain Terengganu Ku lias dan hasil nya batu 6 berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan Faiz.

Sebagai persediaan menghadapi saingan liga tidak lama lagi, Coach Cang memasukan beberapa muka baru dan memgeluarkan beberapa tonggak pasukan. Ketika Bukit Tunggal cuba mencari rentak
Bt6 berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Ju hasil rembatan dari jarak 20 meter menewaskan Mat Dek.

Bukit tunggal tidak berputus asa dengan mengasak kubu lawan dan hasilnya Bukit tunggal berjaya mendapatkan sepakan penalti pada min 77 yang di sudahi oleh Jamil utk menyamakan kedudukan 2-2.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat, Coach cang mengulas " Di luar jangkaan, semua pemain menunjukkan peningkatan dan keputusan perlawanan bukan fokus utama malah pendedahan pemain lebih penting sebelom mengharungi Liga tidak lama lagi". Tambahnya lagi " Pertahanan hari ini bermain begitu cemerlang di ketuai Matli, tetapi sedikit kesilapan membawah padah, saya bangga dengan semua pemain"
Jelajah Pra-Musim seterusnya menanti pasukan Senior Bukit Tunggal adalah menentang pasukan Jeram sebagai persiapan menghadapi Liga.

Senarai Pemain
Matdek
Ajih
Sabi
Adikmat
Yusof
Pokcang
Matli
Jamil
Mat daud
Miji
Bewel
Peddi
Nadir
Yah
Ferus
Jojo

Admin ucapkan Tahniah Kepada pasukan Senior Bukit Tunggal..!!!



Saturday 19 March 2016

SEMANGAT, DISIPLIN ITU PENTING

Esok 21/3/2016 pasukan senior bukit tunggal akan membuat perhitungan dengan pasukan campuran bt6, yang mana perlawanan ini akan menetukan nasib capt pasukan pok cang samada melepaskan lilitan lengannya ataupon tidak, kerana beberapa keputusan sejak kebelakangan ini agak mengecewakan..Tetapi bagi pemain yg cukup kental ini, semangat yang ada pada setiap pemain amat penting dan penekanan pada disiplin lebih utama drpd mencapai kemenangan, kerana ia adalah satu bonus motivasi buat pemain yang rata2 skang ini sudah masuk ke peringkat 40an..
pada sidang media pagi tadi, pok cang mengulas " Game esok bkn Keputusan perlawanan yang menjadi fokus utama, tetapi semangat dan komitmen pemain yang lebih penting, menang adalah 1 bonus utk pasukan"
Bonus akan di bahagi selepas tamat perlawanan..:-))


SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG GONG SENTUL

Hari ini 19.3.2016 berlangsung persahabatan menetang lawan yg tidak asing lagi pasukan G.sentul. Drpd dulu team Bukit Tunggal seringkali mengadakan latihan dan persiapan mereka utk menghadapai saingan liga dengan menentang pasukan ini.

Lebih menarik, menyentuh sedikit berkenaan dgn pemain yg lama sudah tidak muncul dalam barisan utama bukit tunggal iaitu Matli seorang pemain legenda Bukit Tunggal, hari ini muncul utk mengubat luka hati peminat yg sudah lama merindui aksinya.:-)

Keputusan tidak memihak kepada pasukan Bukit Tunggal, mungkin kerana faktor keletihan di mana pemain pemain Bukit Tunggal menepuh jadual yang agak padat. Ketiadaan pemain penting Pokcang turut menjadi faktor kekalahan ini. Ada yang terlibat dgn kejohanan 7 sebelah sehari sebelom. Capt miji mengulas " keputusan perlawanan tidak menggambarkan permainan sebenar, kerana peningkatan setiap pemain pada setiap game itu cukup penting, sy bangga dgn semua pemain".

Bukit Tunggal bakal menempuh perlawanan seterusnya menetang pasukan Jeram pada jumaat ini dan sebelom tu pada hari isnin, akan berlangsung perlawanan persahabatan membabitkan pasukan senior Bukit Tunggal di pdg sintetik menentang pasukan RELA.

Tahniah pada pasukan Bukit Tunggal!!!