Thursday 21 April 2016

KAMI KAWAN KARIB

Pemain pertahanan dan juga kapten pasukan pok cang mengakui begitu rapat dengan azizi hamzah atau lebih di kenali jiji yg beraksi di posisi pertahanan tengah. Kami selalu bertukar tukar fikiran walaupon kadang kadang x pelaga angin atas beberapa isu.
Kami adalah kawan karib..harap maklom.

SEKITAR PERSAHABATAN MENETANG PASUKAN VETERAN JERAM

Hari ini skuad senior Bukit Tunggal mengadakan Perlawanan persahabatan menentang jeram yg berlangsung di padang astaka jeram. Perlawanan ini berakhir dengan bukit tunggal menerima kekalahan 4-2.




Kemunculan semula poklan(lan toir) setelah berehat beberapa tahun memeriahkan lagi suasana perlawanan. Pertemuan dua pasukan ini adalah ulangan kepada perlawanan pertama tempoh hari cuma kali ini Bukit Tunggal yang kalah, manakala game yang sbelum ni di menangi Bukit tunggal.

Kapten cang berkata" Kekalahan hari ni disebabkan faktor cuaca yang agak panas dan pemain agak keletihan mungkin takut terkene penyakit strok haba....".

Saturday 16 April 2016

BUKIT TUNGGAL MENJUARAI KEJOHANAN 9 SEBELAH

Sejarah tercipta hari ini di padang rumput tiruan(sintetik) apabila pasukan Bukit Tunggal (atas nama seberang baruh) telah menjuarai kejohanan Karnival sukan kuala nerus dalam acara bola sepak 9 sebelah anjuran UMNO kuala nerus. Format pertandingan kalah mati dan sebanyak 62 team telah menyertai kejohanan ini..

Pada perlawanan akhir bukit tunggal telah menewaskan pasukan Batu Enam b menerusi sepakan penalti setelah terikat 0-0 pada masa sebenar. Sebelom itu pada separuh akhir bukit tunggal menewaskan pasukan banggol tok esah dengan kemenangan tipis 1-0.

Dengan kemenangan ini Bukit tunggal membawa pulang wang tunai RM1500 manakala Batu Enam RM1000.

Capt ji mengulas" saya sungguh bangga dengan semangat pemain-pemain yang memberi komitmen 100% walaupon keadaan cuaca yang agak panas"
Pengurus pasukan En zul pula berkata "sy bangga dengan semua pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa, kerna memg sy target drpd awal team ini akan johan memandangkan laluan agak mudah.."s



Admin ucapkan tahniah kepada semua pemain...!!!

Saturday 9 April 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG MANIR DI PADANG JERAM

Hari ini telah berlangsung Perlawanan persahabatan di antara Bukit Tunggal menentang pasukan Manir di padang jeram. kedua dua pasukan gagal menemui sentuhan jaringan dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.




Faktor keletihan mungkin menjadi faktor utama mutu permainan pasukan bukit Tunggal menurun sedikit, tetapi pujian harus di berikan kepada semua pemain kerana telah berusaha sedaya upaya memberikan persembahan terbaik.
Banyak juga peluang terbaik yang dimiliki oleh Bukit Tunggal tetapi gagal dimanfaatkan.
Keputusan seri kekal sehingga wisel penamat.


Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal..!!!

Senarai Pemain:
Adam
Dikmat
Lupi
Azrol
Pokcang
Adi
Nadir
Jamil
Miji
Mat oat
Adam
Is
Mekmi
Zul
Mamat toyu
Zakuan

Thursday 7 April 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG PASUKAN BULUH GADING

Setelah berehat selama 2 minggu, aksi persahabatan di sambung kembali, kali ini Bukit Tunggal menentang pasukan Buluh Gading. Bukit Tunggal berjaya mencatat kemenangan memberansangkan apabila menewaskan pasukan Buluh Gading 4-1. kemenangan ini pastinya menyuntik kembali semangat pemain pemain menjelang kejohanan 9 sebelah tidak lama lagi dan juga sebagai persiapan menghadapi liga DUN.


Seperti biasa Bukit Tunggal memang lambat panas dan bermula agak perlahan. Rentak permainan pasukan lawan agak laju. Pasukan Buluh Gading berjaya di depan dengan jaringan menarik dari jarak 25m menewaskan penjaga gol Adam korie. Tersentak dengan jaringan tersebut, Bukit Tunggal mula memperkemaskan barisan tengah dan serangan. Permainan bertukar menjadi menarik apabila bukit tunggal berjaya memperolehi gol penyamaan hasil jaringan hebat Mat Oat, mendada dan terus menendang voley "ala ala james rodriguez"  seperti kebiasaan beliau hasilkan sebelum2 ini.

Bukit tunggal memperkemaskan lagi corak permainan dan berjaya mengawal permainan pada awal babak kedua. Pertukaran tektikal dengan memasukkan penyerang zakuan,adam dan zul nyata merubah perlawanan apabila zakuan berjaya manjaringkan gol kedua hasil tandukan ke penjuru kanan gol. Ternyata gol tersebut memberi semangat kepada zakuan apabila sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring, gol terhasil apabila hantaran lintang zul berjaya di sudahi oleh zakuan dengan voley cantik.

zul sekali lagi main peranan penting apabila di peteh di dalam kotak penalti. Azri bojen mengambil sepakan penalti dan berjaya menghasilkan gol keempat pasukan Bukit Tunggal.

keputusan 4-1 kekal sehingga wisel penamat.
kredit untuk semua pemain


Keseluruhan pemain hari ini sedikit terasa dengan ketiadaan capt miji yang terpaksa mengkuti kem latihan pasukan kebangsaan menjelang pershabatan dengan pasukan Oceania dalam masa terdekat ini..

admin ucapkan tahniah kepada pasukan Bukit Tunggal..
                         Sebahagian penonton.

Senarai pemain
Adam keeper
Pokcang
Dikmat
Aqil
Azrol
Jamil
Oat
Bojen
Akim
Is
Mekmi
Zul
Adam
Zakuan
Nadir