Saturday 16 April 2016

BUKIT TUNGGAL MENJUARAI KEJOHANAN 9 SEBELAH

Sejarah tercipta hari ini di padang rumput tiruan(sintetik) apabila pasukan Bukit Tunggal (atas nama seberang baruh) telah menjuarai kejohanan Karnival sukan kuala nerus dalam acara bola sepak 9 sebelah anjuran UMNO kuala nerus. Format pertandingan kalah mati dan sebanyak 62 team telah menyertai kejohanan ini..

Pada perlawanan akhir bukit tunggal telah menewaskan pasukan Batu Enam b menerusi sepakan penalti setelah terikat 0-0 pada masa sebenar. Sebelom itu pada separuh akhir bukit tunggal menewaskan pasukan banggol tok esah dengan kemenangan tipis 1-0.

Dengan kemenangan ini Bukit tunggal membawa pulang wang tunai RM1500 manakala Batu Enam RM1000.

Capt ji mengulas" saya sungguh bangga dengan semangat pemain-pemain yang memberi komitmen 100% walaupon keadaan cuaca yang agak panas"
Pengurus pasukan En zul pula berkata "sy bangga dengan semua pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa, kerna memg sy target drpd awal team ini akan johan memandangkan laluan agak mudah.."s



Admin ucapkan tahniah kepada semua pemain...!!!

No comments:

Post a Comment