Itu lah kejohanan tahunan yang kedatangannya sering di nanti nantikan oleh pemain kursusnya dan peminat-peminat seluruh kampung amnya. Kejohanan yang membabitkan pasukan kampung dari setiap cawangan di setiap DUN pasti akan meninggalkan seribu kenangan buat pemain dan pasukan yang bertanding. Tidak di nafikan Bukit Tunggal tidak pernah ketinggalan menyertai kejohanan ini samada dalam format 7 sebelah, 9 sebelah dan 11 sebelah. Tahun Lepas nasib tidak menyebelahi Bukit Tunggal fc yang mana terkandas di separuh selepas tewas kepada musuh tradisi Batu 6 dan hanya membawa pulang hadiah tempat ketiga.
Tahun ini kejohanan kembali lagi dengan format 11 sebelah dan Bukit Tunggal di undi bersama musuh tradisi sekali lagi Batu 6 yang bermain atas nama Kg Tuan Mandak dan juga pasukan yg di anggap pilihan pada edisi kali ini Kg Pak Katak manakala Bukit Tokris pelengkap untuk kumpulan A. Kumpulan ini boleh di katakan kumpulan maut dan hanya johan kumpulan sahaja yang layak ke peringkat suku akhir.
Bukit Tunggal fc membariskan ramai muka baru yang akan membawa cabaran pasukan di kejohanan kali ini, dengan mengekalkan 3 orang muka lama. Pihak pengurusan masih lagi tidak berubah masih lagi di pimpin oleh Zulkifli Ghani(Peli Gembor) dan di bantu oleh assistant baru Afdi Alias yang berjaya memenangi kerusi panas daripada Pokcang pada mesyuarat pemilihan induk. Pemilihan pemain untuk Bukit Tunggal fc di buat berdasarkan prestasi semasa bukan atas dasar pilih kasih. Antara pemain yang tersenarai dalam skuad 16 pemain adalah
COUNTDOWN 1 HARI LAGI
OM PAKAT BERI SOKONGAN KEPADA PADUKAN BUKIT TUNGGAL FC
No comments:
Post a Comment