Saturday, 18 April 2015

WARNA WARNI SEKITAR PIALA DUN 2015

Kejohanan bola sepak piala DUN Bukit Tunggal yang sedang berlangsung telah memasuki minggu yang kedua, kejohanan ini melibatkan semua cawangan dalam DUN Bukit Tunggal. beberapa perlawanan telah berlangsung dengan jayanya  mngikut jadual dengan beberapa keputusan yang pelik dan juga menghiburkan penonton.

Yang manarik perhatian kita semua adalah rekod piala DUN telah di cipta oleh pasukan Bukit Tumbuh apabila membelasah Bukit Datu dengan angka yang besar 13-0, di ikuti oleh pasukan bukit Tokris yang di belasah Tuan Mandak 8-0. Jika kejohanan sebelum ini hanya setakat 5-0 sahaja.

Perlawanan yang membabitkan pasukan Bukit Tunggal(team apih manaf) juga menarik perhatian kita apabila skuad yang di barisi pemain-pemain muda yang membuat penampilan pertama pada edisi piala DUN kali ini agak gugup dah telah mengalami kekalahan kepada pasukan Gong Sentul yang di barisi penyerang berpengalaman K Rajan. Begitupun ada satu game lagi akan menanti Bukit Tunggal iaitu bertemu Serdang. kapten pasukan apih manaf berkata, faktor pengalaman yang membezakan mereka dengan pasukan lawan.

Pasukan yang di barisi 5 adik beradik Seberang Tuan Chik gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri 1-1 menetang pasukan Gong Pauh. kapten pasukan mamat t.m berkata, "Keletihan dan kecederaan adalah faktor utama gagal mengutip mata penuh".

Pasukan pilihan Batu Enam pula tiada masalah membenam pasukan pulau Ketam dengan agreggat 2-0. ketiadaan bekas pemain yang pernah mewakili pasukan negeri Terengganu Ku Lias tidak mejejaskan sedikit rentak permainan mereka. Manakala pasukan anak-anak muda Bukit Kandis telah menunjukan semangat melawan yang tinggi apabila berjaya mengikat pasukan pilihan Duyong Wan Su dengan 1-1. Kelebihan penalti yang diberikan pada minit-minit akhir perlawanan tidak berjaya di sempurnakan oleh mereka. mengulas perlawanan, pengurus pasukan Duyung W.Su berkata " Bukit Kandis bernasib baik kerana dapat menahan asakan bertali arus pemain-pemain nya, ketumpulan jentera serangan adalah faktor mereka tak dapat kutip mata penuh. Mungkin juga faktor jarum yang di amalkan oleh pasukan Bukit Kandis"

Minggu ini pasukan pilihan Dusun yang di bimbing oleh Meli(Luis Figo) akan turun menentang pasukan Bukit Tunggal(team apih manaf) yang akan memperlihatkan permainan tektikal yang tinggi berikutan kembali nya pemain berpengalaman Tana, Usop Merah dan chang ke dalam pasukan.

Manakala Pasukan Seberang Baruh(Bukit Tunggal) akan menunggu 1 minggu lagi untuk menentang pasukan pak Katak berikutan masalah jadual bertindih. Pengurus Miji telah memesan kepada anak buahnya agar mengekalkan momentum kemenangan dan mencari formula tektikal sebagai persiapan bertemu pasukan Pak Katak. mjanewsolohill


No comments:

Post a Comment