Bukit Tunggal di undi bersama pasukan TLS fc dan Poyok fc pasukan yang di barisi rata-rata pemain muda. Alhamdulillah Bukit tunggal dapat menjuarai kumpulan dengan mengutip 4 mata hasil 1 kemenangan dan 1 seri dan mengelak berjumpa dengan pasukan pilihan BSN FC dan tok jiring.
Pusingan kedua iaitu pusingan kalah mati Bukit Tunggal bertemu lawan dri UMT, pasukan di anggap agak mantap dari segi tektikal tetapi dengan kesungguhan yang di pamerkan bukit tunggal berjaya memenangi perlawanan dengan 3-0 dan mara ke pusingan ketiga.
Pasukan Gelembung fc menunggu pada pusingan ketiga, ternyata pasukan ini sungguh mantap apabila berjaya mengikat pasukan Bukit tunggal dengan 0-0, ternyata nasib menyebelahi bukit tunggal apabila berjaya melepasi halangan pasukan ini dengan penentuan sepakan penalti.
Cabaran sebenar Bukit Tunggal adalah di peringkat separuh akhir apabila berjumpa dengan pasukan pasukan pilihan Cahaya fc. Ternyata nasib tidak menyebelahi pasukan bukit tunggal apabila tewas 2-1 walaupun sudah mendahului satu ketika. Faktor kepenatan dan mengantuk mungkin menjadi punca kekalahan kerana perlawanan separuh akhir pada ketika itu berlangsung pada pukul 2.30 pagi.
Walau bagaimanapon keupayaan menduduki tempat ketiga dalam kejohanan ini adalah satu bonus dan kejayaan untuk bukit tunggal dengan penyertaan nama-nama besar dalam kejohanan ini...sekian..:-)
Antara pemain yang terlibat

1.Armizi Mansor
2.Matli
3.Jamil
4.Emi
5.Mat din jer
6.Dikmat
7.Adam
No comments:
Post a Comment