Tuesday 14 April 2015

PERLAWANAN KEDUA LIGA DUN

Pada hari jumaat 17 april 2015 perlawanan kedua liga DUN(Bukit Tunggal) membabitkan pasukan Bukit Tunggal(Sbrg Baruh) menentang pasukan Pak Katak akan berlangsung di padang SMBT. Bukit Tunggal mempunyai misi penting pada perlawanan ini dan berazam mengutip 3 mata bagi merebut slot ke suku akhir. Misi ini agak sukar apabila Pak Katak juga ingin mencari kemenangan pertama mereka setelah tewas 0-1 kepada Tuan Mandak(Batu 6) pada perlawanan pertama baru-baru ini.

Seperti biasa Bukit tunggal yang di barisi beberapa muka lama dan baru akan memperkuatkan lagi barisan pertahanan dan juga mempertajamkan lagi barisan serangan yang akan menampilkan muka baru Asyraf Sinclair yang bermain sebagai penyerang. Ketajaman penyudahnya ketika latihan di harap dapat membantu pasukan mencari jaringan seterusnya mencapai kemenangan yang di harapkan sebelum misi yang paling penting bertemu bekas juara Batu 6.

Ketiadaan pertahanan kental (tidak di beri cuti oleh pasukan kelab) akan merencatkan sedikit corak permainan pasukan tetapi berita gembira untuk pasukan apabila kepulangan kembali pemain berpengalaman dan pemain paling berpengaruh Armizi Mansor(miji) yang akan mempekemaskan lagi bahagian tengah pasukan. Seperti biasa corak menyerang yang di amalkan 4-1-3-2 akan di pertaruhkan oleh jurulatih dalam misi berdepan dengan pak katak

Jom sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kita ini dalam misi memburu kemenangan kedua seterusnya memberi peluang kepada pasukan menempatkan diri ke peringkat suku akhir. Newsolohillbernama 

No comments:

Post a Comment