Thursday 24 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG TG BUNUT DI PDG JERAM

Hari ini 24/3/2016 berlangsung perlawanan persabahatan menentang pasukan Jeram yang berkesudahan 3-1 berpihak kpd pasukan Senior Bukit tunggal..kehadiran semula Quinn Tana dan Luken selapas sembuh daripada kecederaan menguatkan lagi barisan tengah pasukan dan memberi sedikit kelebihan buat pasukan. Kelibat Azizi Hamzah juga cukup cemerlang yang berjaya mengawal dan menahan setiap asakan tuan rumah yang berusaha mencari gol penyamaan pada lewat permainan.

Permainan kedua dua pasukan agak seimbang dan Corak yang sering di sarankan oleh coach cang iaitu total football berjaya di prektikkan oleh pasukan Bukit Tunggal spt perlawanan-perlawanan sebelum ini. Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama namun Bukit Tunggal berjaya bangkit dan memperoleh Gol pada separuh masa kedua. Gol-gol Bukit tunggal di jaringkan oleh awang kamal, Tana dan Pedi. Malah bukit tunggal mngkin boleh menambah jaringan menerusi Sepakan penati tetapi gagal di sempurnakan oleh Azizi Hamzah.



Cang mengulas mengenai perlawanan" Sy bangga bukan sahaja keputusan memihak kpd kita malah melihat corak permainan hari ni, segala perancangan awal menjadi, kita akan perbaiki sedikit kelmahan di bahgian pertahaanan dan serangan pada game akan dtg"

Jelajah pra-musim Pasukan Senior Bukit Tunggal seterusnya akan di umumkan dalam masa terdekat. Tunggu Cang umum..!!!




Admin ucapkan tahniah kepada pasukan Senior Bukit Tunggal...!!!

No comments:

Post a Comment