Saturday 19 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG GONG SENTUL

Hari ini 19.3.2016 berlangsung persahabatan menetang lawan yg tidak asing lagi pasukan G.sentul. Drpd dulu team Bukit Tunggal seringkali mengadakan latihan dan persiapan mereka utk menghadapai saingan liga dengan menentang pasukan ini.

Lebih menarik, menyentuh sedikit berkenaan dgn pemain yg lama sudah tidak muncul dalam barisan utama bukit tunggal iaitu Matli seorang pemain legenda Bukit Tunggal, hari ini muncul utk mengubat luka hati peminat yg sudah lama merindui aksinya.:-)

Keputusan tidak memihak kepada pasukan Bukit Tunggal, mungkin kerana faktor keletihan di mana pemain pemain Bukit Tunggal menepuh jadual yang agak padat. Ketiadaan pemain penting Pokcang turut menjadi faktor kekalahan ini. Ada yang terlibat dgn kejohanan 7 sebelah sehari sebelom. Capt miji mengulas " keputusan perlawanan tidak menggambarkan permainan sebenar, kerana peningkatan setiap pemain pada setiap game itu cukup penting, sy bangga dgn semua pemain".

Bukit Tunggal bakal menempuh perlawanan seterusnya menetang pasukan Jeram pada jumaat ini dan sebelom tu pada hari isnin, akan berlangsung perlawanan persahabatan membabitkan pasukan senior Bukit Tunggal di pdg sintetik menentang pasukan RELA.

Tahniah pada pasukan Bukit Tunggal!!!






No comments:

Post a Comment