Monday 21 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENENTANG BT6 DI PADANG SINTETIK

Hari ini 21/3/2016 telah berlangsung perlawanan antara Pasukan senior Bukit tunggal menetang pasukan bt6 di pdg sintetik Tok Jiring..keadaan padang yg begitu baik dan rata menampakkan kualiti permainan kedua2 pasukan bertukar tukar hantaran..

Separuh masa pertama banyak di kuasai oleh Pasukan Bukit tunggal dengan jentera tengah di ketuai oleh Miji yang serasi bermain bersama Sabi dan awang kamal. Ketika Bt6 masih tercari2 rentak permainan bukit tunggal telah mendahului hasil rembatan kencang mat daud(Oat) melalui lorongan cantik drpd pemain tengah.

Bt 6 memeperkemaskan barisan pemainnya pada separuh masa kedua dengan memasukkan bekas pemain Terengganu Ku lias dan hasil nya batu 6 berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan Faiz.

Sebagai persediaan menghadapi saingan liga tidak lama lagi, Coach Cang memasukan beberapa muka baru dan memgeluarkan beberapa tonggak pasukan. Ketika Bukit Tunggal cuba mencari rentak
Bt6 berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Ju hasil rembatan dari jarak 20 meter menewaskan Mat Dek.

Bukit tunggal tidak berputus asa dengan mengasak kubu lawan dan hasilnya Bukit tunggal berjaya mendapatkan sepakan penalti pada min 77 yang di sudahi oleh Jamil utk menyamakan kedudukan 2-2.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat, Coach cang mengulas " Di luar jangkaan, semua pemain menunjukkan peningkatan dan keputusan perlawanan bukan fokus utama malah pendedahan pemain lebih penting sebelom mengharungi Liga tidak lama lagi". Tambahnya lagi " Pertahanan hari ini bermain begitu cemerlang di ketuai Matli, tetapi sedikit kesilapan membawah padah, saya bangga dengan semua pemain"
Jelajah Pra-Musim seterusnya menanti pasukan Senior Bukit Tunggal adalah menentang pasukan Jeram sebagai persiapan menghadapi Liga.

Senarai Pemain
Matdek
Ajih
Sabi
Adikmat
Yusof
Pokcang
Matli
Jamil
Mat daud
Miji
Bewel
Peddi
Nadir
Yah
Ferus
Jojo

Admin ucapkan Tahniah Kepada pasukan Senior Bukit Tunggal..!!!



No comments:

Post a Comment