Tuesday 22 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN MENETANG PASUKAN SM VOKASIONAL BAWAH 18

Hari ini 22/3/2016 telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan bukit tunggal menentang pasukan bawah 19 tahun (anok buoh cgu zul) di padang SM Vokasional Wakaf Mesu..

Kekuatan anak buah cgu Zul yg di barisi anak2 muda itu memang di akui hebatnya kerana sebelom ini kedua2 pasukan pernah beberapa kali bertemu.
Team cgu zul dalam rangka persiapan awal mereka menghadapi kejohanan bawah 19 peringkat negeri di jerteh pada bulan april depan.


Untuk hari ini Capt miji menyenaraikan kembali pertahanan kiri pok cang yg sebelom ini terlepas aksi menetang G.Sentul. Ternyata ianya berkesan kerana beberapa kali berjaya menyekat gerakan lincah pemain sayap kanan mereka.

Kedua dua pasukan bermula agak perlahan dan berhati-hati. Team cgu Zul berjaya mendahului pada minit ke 25, gol terhasil apabila pemain pertahanan terlalu memberi ruang kepada pemain no 7 mereka merembat kencang melepasi penjaga gol Mr Adam.

Anak2 buah cgu Zul yang rata2 dibarisi pemain berumur 18 tahun terus menguasai permainan sebaik separuh kedua bersambung. Kekuatan stamina mereka cukup bagus dan mantap, maklom la umur 18,19..:) dan mereka berjaya menjarakkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke 50 hasil rembatan jarak jauh.

Bukit Tunggal yg ketiggalan tidak ada banyak pilihan dalam barisan simpanan jika hendak di bandingkan dengan anok buoh cgu zul.
Bukit Tunggal terus buntu sehiggalah pada mini 70, mat daud menjarinkan gol dengan tolakan mudah kaki kiri melapasi penjaga gol. Gol penting tersebut ternyata menyuntik semangat rakan-rakan.
Bukit tunggal terus mengasak dan pada lewat permainan Adam berjaya menjaringkan gol penyamaan dan jaringan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Admin ucapkan tahniah kepada Pasukan Bukit Tunggal...!!!


No comments:

Post a Comment