Tuesday 29 March 2016

RINGKASAN GAME SHOW FUTSAL PIALA TMJ LEPY FC

Perlawanan Futsal Piala TMJ Lepy berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Game show futsal ini di menangi oleh pasukan Liverpool yang di perkuatkan oleh Adam,adikmat,Adi Ler, Naim, Pizi dan juga matdek yang ampuh menjaga gawang. pasukan ini mencatat 3 kemenangan dan 1 seri.


Kejutan berlaku apabila naib johan dimenangi oleh pasukan Arsenal yang di barisi anak-anak muda (skuad Hj Lan Kayu). mereka mengamalkan corak permainan futsal yang menarik dan bermain secara berpasukan. Syabass anak muda.!

Pasukan Man united yang juga antara pasukan pilihan pula memenangi tempat ketiga. Pasukan ini menarik perhatian kita kerana corak mereka ala ala pasukan barcelona iaitu tiki taka tetapi tidak bernasib baik dan hanya menang nasib dengan pasukan Leicester City. Pasukan ini menyenaraikan Adam sebagai penjaga gol, mat daud,Iskandar, Nadir dan juga Pepe yang kental mengawal kubu.

Manakala Pasukan Leicester City yang membariskan pemain-pemain senior antaranya Mirul, Miji, Jamil, Matli, Mekmi dan Ajiz siol juga memberi saingan hebat kepada team anak-anak muda malah mereka kurang bernasib baik apabila mencatat 3 keputusan seri dan satu je kalah.


Pasukan Spurs pula boleh menyalahkan diri mereka sendiri kerana penyudahan yang tumpul dan tidak menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol. Permainan mereka agak menarik dengan hantaran-hantaran pantas dan skill pemain yang cukup bagus tetapi kurang bernasib baik. Pasukan ini di barisi Zakuan sebagai penjaga gol, Akil, Akim, Azrol, Zu dan Abg ram.


Admin puji pihak pengurusan kerana sudi menganjurkan game show seperti ini, malah penganjuran seperti ini lah dapat mencungkil bakat bakat baru dalam permainan futsal dan mengeratkan lagi silaturahim sesama pemain.





Admin ucapkan tahniah kepada pengurusan dan pemain-pemain yang telah menjayakan Game Show Futsal kali ini...!!!

No comments:

Post a Comment