Thursday 10 March 2016

PERSAHABATAN BUKIT TUNGGAL VS BUKIT TUMBUH 2016

Hari ini 10/3/2016 satu perlawanan persahabatan menentang pasukan B.Tumbuh yang diadakan di padang B.Tumbuh berkesudahan memihak kepda pasukan bukit tunggal 3-2. Bukit Tunggal bermula agak perlahan dengan beberapa hantaran tidak tepat dan pengawalan bola kurang kemas sehinggalah muncul jaringan pertama hasil sepakan percuma dan follow up drpd sepul(nyet) dgn rembatan kencang menewaskan penjaga gol muda B.Tumbuh.
10 minit kemudian kesilapan linesmen yg tidak nampak perangkap offside mnyebabkan B.Tumbuh berjaya menyamakan kedudukan menerusi Tarzan..perlawanan menjadi berat sebelah apbila B.Tumbuh mengawal permainan dan hasilnya pemain veteran fadhil menanduk masuk hasil sepakan percuma dari sebelah kiri padang. 

Bersambung separuh masa kedua, B.tunggal memperkemaskan lagi barisan pertahanan dan serangan dgn mengeluarkan beberapa pemain. Hasil beberapa perubahan teknikal oleh Coach Miji B.Tunggal akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi mat daud hasil hantaran lintang Adam. B.Tunggal berjaya menambahkan jaringan menerusi kocu namun rembatan nya tepat ke penjaga gol.

B.Tunggal melakukan serangan bertubi2 ke arah gol lawan dan berjaya mengucar kacirkan barisan pertahanan lawan hasil nya minit ke 85 mat daud sekali meletakkan nama sebagai penjaring apabila merembak kencang dan menewaskan penjaga gol. mengulas mengenai perlawanan ini Coach Miji berkata:" saya cukup berpuas hati dgn corak permainan walaupon ketinggalan satu ketika, tetapi pemain berjaya bangkit, ini lah semangat yg kita mahu kan"

Manakala man of the match Mat daud pula menyuarakan pendapat berlainan :" kami orang muda akan terus berkerja keras demi meneruskan kareer bola sepak kami, Jgn matikan semangat kami"..:-)

admin mengucapkan tahniah kpd team bukit tunggal




No comments:

Post a Comment