Friday 11 March 2016

SEKITAR PERSAHABATAN BUKIT TUNGGAL VS DURIAN BURUNG

Hari ini satu lagi perlawanan persahabatan membabitkan pasukan B.Tunggal menentang pasukan Durian Burung berkesudahan memihak kepada pasukan B.Tunggal 1-0. Perlawanan bermula agak perlahan dengan kedua dua pasukan berhati-hati mencari rentak permainan.
B.Tunggal berjaya di depan dengan membuka tirai jaringan pada minit ke 30 menerusi larian bijak bojen di sebelah kiri seterusnya membuat hantaran lintang dan di sambar baik oleh akim dengan menolak masuk bola menewaskan penjaga gol.

Bersambung separuh masa kedua, pasukan tuan rumah memperkemaskan rentak permainan mereka dan mengasak mencari gol penyamaan tetapi gagal melepasi benteng pertahanan B.Tunggal yang agak kemas hari ni dengan penjaga gol Adam beraksi cemerlang dan pertahanan kiri Pak cang juga beraksi cemerlang hari ini.

B.Tunggal terus mengasak kubu lawan dengan deretan peluang yang di miliki oleh jentera serangan. Tiga peluang keemasan B.Tunggal untuk menambah jaringan pada lewat permainan tetapi gagal di sempurnakan oleh penyerang pasukan.

Man of the match pada perlawanan hari ini ialah Dikmat sukandi yang berkerja keras mengekang asakan demi asakan lawan. Mengulas mengenai perlawanan Dikmat berkata" kemenangan ini adalah kemenangan bersama bukan kemenangan individu, semua pemain beraksi cemerlang. "

Senarai pemain:
Adam keeper
dik
bojen
sepul yet
adam
oat
akim
Zakuan
jamil
kocu
zu
nadirmat
akil
pakcang
adi





No comments:

Post a Comment